Showing posts with label TM Mencari Ramli Musim 2. Show all posts
Showing posts with label TM Mencari Ramli Musim 2. Show all posts

Friday, October 25, 2013

NIZAR DAH BALIK.. YEAY!! YEAY!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alkisahnya, malam semalam anak buah aku Nizar balik dari Manchester setelah tamat pertandingan Manchester United Soccer School World Skill FinalSeperti yang aku sudah beritahu tempoh hari, dia mendapat di kalangan 10 yang terbaik

Aku dan adik beradik serta anak-anak buah bertolak dari Melaka selepas Margrib menuju ke KLIA. Di sana bukan kami saja yang ada, turut sama ialah wartawan TV3 dan wakil-wakil sponsor (TM). Kalau siapa perasan, Buletin Utama ada memaparkan berita kepulangan dia sebentar tadi. Huh.. muka aku tak masuk frame pulak!! :p 

Dah lah.. Layan ajelah beberapa gambar ni...

Nizar dan Evra ketika di Manchester
Aku kat KLIA.. Tak tipu...
Bendera Melaka berkibar di KLIA
Bersama plug yang diterimanya..
Hehehe... Nak jugak!!

Friday, August 16, 2013

MANCHESTER UNITED MENANDATANGANI 'RAMLI'?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bapa saudara mana yang tak bangga apabila anak buahnya menjadi 'seseorang' yang berjaya dalam  kariernya. Begitu juga aku, amat berbangga dengan pencapaian yang dikecapi oleh anak buah aku Muhammad Nizarruddin Jazi yang kini sedang menjalankan latihan di Manchester United Soccer School (MUSS)

Baru-baru ini dia dan seorang lagi rakannya yang juga dari Malaysia (Terengganu) telah terpilih sebagai 'Star Player' pada hari ke-6 latihan di MUSS. Di MUSS terdapat ramai pelajar-pelajar dari serata dunia seperti dari Jepun, Itali dan sebagainya.

Semalam terlihat pula status di Facebook kepunyaan dia di mana pada hari ini mereka ada perlawanan. Tak pasti sama ada perlawanan apa, mungkin perlawanan persahabatan. Yang hebatnya dia bakal menjadi ketua pasukan pada perlawanan tersebut. Memang tak padan dengan badan, kecil-kecil cili api!!

Harapnya dia akan terus berjaya.. Manalah tau satu hari nanti benar-benar dapat bermain untuk Manchester United. Manalah tahu kan...

Gambar-gambar dari Facebook Team Malaysia.


Semasa di Stadium Wembley, perlawanan Community Sheild baru-baru ini

3 orang rakyat Malaysia yang terpilih sebagai 'RAMLI'

Bersama rakan MUSS dari Itali

Kedua-duanya terpilih sebagai 'Star Player' pada hari ke-6 latihan di MUSS

Bukan semua orang dapat bergambar dengan piala Barclays Primier League.. Beliau sangat beruntung!

Tuesday, August 6, 2013

AKHIRNYA.... MANCHESTER UNITED SOCCER SCHOOL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Berpeluang berlatih di Manchester United Soccer School (MUSS) mungkin menjadi idaman bagi budak-budak kaki bola. Begitulah nasib anak buah aku, Muhammad Nizarruddin Jazi @ Nizar yang telah berpeluang untuk berlatih di MUSS selama 3 minggu atas ganjaran yang diterimanya setelah berjaya menjadi RAMLI bersama 2 orang peserta lain. 

Kalau dulu sudah puas dia mencuba nasib dalam beberapa rancangan realiti bola sepak seperti soccer kids, namun akibat dari saiz badannya yang tidak begitu besar, dia gagal untuk memasuki program tersebut. Namun kini, impiannya telah menjadi kenyataan apabila program Mencari Ramli musim ke-2 anjuran TV3 dengan sokongan TM telah membawa sinar baru bagi dirinya dalam bidang bola sepak. 

Aku ada juga beri nasihat pada dia, saiz badan sebenarnya bukan halangan, yang penting ialah minat dan kesungguhan untuk berjaya. Kalau nak dilihatkan, Lionel Messi pun tidak mempunyai bentuk badan yang besar, namun dia mempunyai tahap skill yang tinggi.

Setakat ini, aku memang amat berbangga dengan apa yang telah dia capai. Harapan aku pada suatu hari dia dapat bermain dengan Harimau Muda seterusnya dapat bermain untuk Harimau Malaya.

Jom layan beberapa gambar dia yang telah berada di sana sejak 2 Ogos yang lalu. Gambar-gambar ini adalah dirujuk dari Facebook Team Malaysia...











Maaf tiada caption. Yang paling kecil itulah Muhammad Nizarruddin Jazi.

Tuesday, July 16, 2013

VIDEO MENCARI RAMLI MUSIM KE-2 - EPISOD 13 (FINAL)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bagi yang terlepas untuk mengikuti episod akhir Program Mencari Ramli musim kedua, bolehlah layari video ini.



Video ini juga merupakan satu kenangan yang agak besar bagi anak buah aku MUHAMMAD NIZARRUDDIN JAZI kerana telah terpilih menjadi 'RAMLI'.

Dia akan berangkat ke Manchester selama 3 minggu pada 1 Ogos 2013 ni. Bermakna, dia akan berhari raya di sana dengan meninggalkan kedua ibu bapanya di sini.

Semoga beliau terus sukses.!!

Saturday, July 13, 2013

MENCARI RAMLI 2 : ANAK BUAHKU, NIZARRUDDIN KE MANCHESTER UNITED


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Tahniah! Tahniah! Tahniah diucapkan kepada anak buahku, Muhammad Nizarruddin bin Jazi kerana telah terpilih sebagai 'RAMLI' pilihan juri dan akan ke Manchester United sebagai ganjarannya.

Kesungguhannya kini agak berbaloi setelah bekerja keras dalam bidang sukan yang sangat diminatinya. Dapat berkunjung ke Manchester United merupakan satu ganjaran yang agak hebat. Aku pun teringin sama nak pergi...



Dikhabarkan dia akan berhari raya di Manchester dengan pelbagai program yang telah diaturkan oleh pihak penaja seperti berlatih di Manchester United, menonton perlawanan bola sepak aksi Manchester United dan sebagainya. Bertuah sungguhlah!

Lagi cerita mengenai dia >> :: KLIK :: :: KLIK :: :: KLIK :: :: KLIK ::

Nak juga bergambar dengan 'RAMLI'

Frame ni kalau dapat kat aku, memang gantung kat rumah le... 

Latihan di Manchester United, menonton perlawanan Man. Utd., biasiswa Frenz United.., perghh...

Friday, July 12, 2013

PENANTIAN MENCARI RAMLI MUSIM KE-2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bagi siapa yang mengikuti siaran program Mencari Ramli Musim Ke-2, jangan lupa menyaksikan episod akhirnya pada hari ini (12 Julai 2013) pada pukul 6.30 petang.

Kebetulan anak buah aku juga merupakan salah seorang peserta di dalam program ini, amatlah berharap agar beliau dapat menjadi RAMLI yang dicari-cari. 


Semoga impiannya menjadi kenyataan. 

Sesiapa yang masih tertanya-tanya tentang apakah rancangan Mencari Ramli, bolehkah dapatkan maklumat di sini KLIK dan KLIK.

Thursday, June 6, 2013

TM MENCARI RAMLI MUSIM 2 | RHB BANK | PEE MAK | KAKAOTALK CAMPAIGN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Agak panjang tajuk entri aku hari ni. Apalaha agaknya tu erk? Sebenarnya, itu adalah 4 kempen iklan CPUV yang sedang bermain-main di dalam blog aku ni. 

Amat jarang jugak aku memeriksa website Nuffnang, sekali semak, amik kau, sekali 4 iklan bermain-main dalam blog ni. 

So, terima kasihlah Nuffnang. Lain kali beri banyak lagi. :)