Sunday, June 2, 2013

MUHAMMAD NIZARRUDDIN | MELAKA | 13 TAHUN | MENCARI RAMLI 2


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.




Sebagai bapa saudara yang melihat anak buah yang membesar di depan mata, aku berasa benar-benar bangga dengan pencapaian beliau.

Kesungguhan dia untuk menjadi pemain bola memang jelas terpampang. Tanpa disuruh, dia rajin mencari 'fitness' sendiri. Kalau di musim cuti atau hari Sabtu dan Ahad, dia rajin berjoging pagi dan petang.

Kalau dulu badannya kecil sahaja. Kini nampak sudah tegap dan tinggi sedikit. Tapi kalau dilihat dari 30 orang peserta Mencari Ramli II kali ini, badannya antara yang terkecil. Faktor bentuk badanlah yang menyebabkan dulu dia tidak terpilih dalam Soccerkids dan pelbagai rancangan realiti bola sepak. Tapi kini, impiannya sudah menjadi kenyataan.

Aku juga rajin 'melayan'  semasa dia ada perlawanan bola sepak tak kiralah semasa perlawanan antara sekolah, kelab dan sebagainya. Bukan aku sahaja, boleh dikatakan ramai kaum keluarga dan segala kerabat memberi sokongan.

Harapnya dia dapat bertahan lama di program Mencari Ramli II. Semoga berjaya...

Ps : Ini pingat Milo kepunyaan dia yang aku simpan : KLIK dan KLIK

8 comments:

  1. sinar baru bola sepak melaka yeay !!

    ReplyDelete
  2. good luck kepada beliau
    sebagai famili, kena lah support kan
    doa kan yg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dia, Man of the match untuk minggu ni
      Tahniah nizarrudin..

      Jom, ajak anak beranak undi...
      caranya ada kat sini http://penaberkala.blogspot.com/2013/06/tonton-dan-menang-mencari-ramli-musim.html

      Delete
    2. TAK SANGKA.. TAPI DIA MEMANG TERBAIK.. :)

      Delete
  3. Bagusnya...
    Dia usaha kan..
    AKhirnya dapat masuk mencari Ramli....
    Semoga berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA.. SEMOGA DIA DAPAT MENCAPAI CITA-CITANYA..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...