Friday, October 18, 2013

ONE IN A MILLION


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tiada apa lagi perkataan yang mahu diucapkan selain berasa amat bangga dengan tahap pencapaian yang sedang dikecapi oleh anak buah aku, Muhammad Nizarruddin Jazi yang kini berada di Old Trafford, Manchester, untuk menghadapi Manchester United Soccer School World Skill Final. 

Beliau merupakan wakil tunggal dari Malaysia dan Asia selain seorang lagi dari Jepun yang telah melayakkan diri dalam pertandingan tersebut.

Perasaan bangga agak bertalu-talu dalam hati aku ni. Sudahlah malam semalam berita pemergiannya ke Old Trafford tersiar di Buletin Utama @ TV3, hari ini pula, beberapa akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris memaparkan gambarnya. 

Sumber rujukan gambar >> Team Malaysia <<


Tiada apa yang dapat aku sumbangkan kecuali kata-kata semangat ni...

Nizar!!!

Alang-alang mandi biar basah!
Alang-alang mandi biar guna sabun!
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan!
Alang-alang dah sampai Old Trafford biar sampai jadi juara!
Biar putih tulang, jangan putih mata!
Berjuang hingga ke titisan peluh terakhir!
U can do it!
U can do it!
All out 200%!!!

14 comments:

  1. ini memang terbaik bro! cuma satu lagi nasihat pakcik botak ni, bila dah besar sikit, jauhkan diri daripada skandal terutamanya dengan artis. fokus sentiasa. hehehee...

    ReplyDelete
  2. Nizar, alang-alang dah sampai sana, kalau jumpa Ramli minta sign autograph dia ya. tanya juga dia asal orang mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tu kenapa nak pi sana cari Ramli lagi?

      Delete
    2. RAMCANGAN REALITI TU TAJUKNYA MENCARI RAMLI.. SIPA YANG MENANG, DIALAH YANG JADI 'RMLI'.. :)

      Delete
  3. yeahh itu dia...all the best to him..:)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...