Monday, December 2, 2013

ART OF BOTTLE CAPS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Masih ingat lagi tak entri aku yang bertajuk KUMPUL TUTUP BOTOL dan KUMPUL TUTUP BOTOL (PART 2)? Kalau tak ingat boleh jengok kembali entri tersebut.

Akhirnya hari ini sebuah koleksi penutup botol telah aku bingkaikan. Sebenarnya sudah lama juga siap, tetapi tiada masa saja untuk ke kedai untuk dibingkaikan. Penutup botol yang telah dibingkaikan seperti gambar di bawah. Amacam, ok tak?


Buat masa sekarang, aku sedang menyiapkan sebuah lagi koleksi yang sama seperti di atas. Tapi masih sedang mencari-cari penutup botol. Sekarang aku sudah memasang 'kaki' untuk mencari penutup botol untuk mempercepatkan projek aku ni. 

Nak harapkan diri sendiri yang mencari penutup botol, memang taklah. Nak ambil penutup botol yang yang bersepah pun malu nak angkat. Kalau betul-betul takde orang barulah dengan selambanya aku pungut botol, lalu menyimpan penutupnya. 

Rasanya selepas ni aku nak serius dalam mengumpul penutup botol. Aku dah terbayang-bayang pelbagai reka letak dan susunan agar ianya lebih bervariasi dan tidak terhad seperti gambar di atas. 

16 comments:

  1. Replies
    1. DAH BANYAK-BANYAK NANTI BARULAH JUAL.. :D

      HASIL YANG PERTAMA NI NAK JUAL SAYANG..

      Delete
  2. wuhuu..siap berbingkai bagai haha tapi cantik jugak kan..kreatif..nanti buat lagi satu ya..sy beli hahhaha :D

    p/s isi tabung sony time :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. NAK BELI BOLEH.. NANTI BILA YANG LAIN DAH SIAP.. MURAH-MURAH SAJA.. :)

      Delete
  3. Dah siap! Yayy. eh tapi baru perasan, tutup botol nya ada yang sama eh? alaa... kalau each one is different kan lagi best. unik sket rasanya. pastu kalau boleh jangan tampal yang sama warna dengan papan nya, tenggelam jadinya.

    hahahah komen aje kerja nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YE.. MEMANG ADA YANG SAMA.. NAK CARI YANG LAIN-LAIN MAKAN TAHUN NAK SIAP.. :D

      Delete
  4. wa takde apa-apa nak cakap cuma...

    lu memang kreatib la bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. RUJUK KAT GOOGLE JUGAK SEBELUM JADI KREATIF.. HUH, KREATIF KE TU?

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...