Sunday, October 13, 2013

KUMPUL TUTUP BOTOL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau dulu botol minuman banyak menggunakan botol kaca dan penutup botolnya diperbuat dari besi / aluminium, kini botol-botol minuman menjalani evolusinya yang tersendiri dengan berubah kepada botol-botol plastik dan penutupnya juga diperbuat dari plastik.

Kanak-kanak dahulu suka mengumpul penutup minuman untuk dijadikan permainan 'tutup oren', namun kini ia agak jarang dimainkan, bahkan ia terus dilupakan.

Permainan tutup oren.. Siapa pernah main? Rujukan gambar KLIK

Akibat dari terpengaruh dengan seorang brader ni, aku pun mula mengumpul penutup botol. Mungkin beliau sudah lama mengumpul penutup botol kerana terdapatnya penutup-penutup botol yang lama dalam koleksi beliau, sedangkan koleksi aku hanyalah penutup-penutup botol keluaran terbaru.

Namun aku berpegang kepada "tiada lama, tiadalah baru dan yang baru sudah tentu akan jadi lama". Oleh itu, aku kumpulkan saja mana yang aku mampu untuk kumpul. Aku percaya, mungkin suatu hari nanti, perubahan demi perubahan pasti akan berlaku pada pembuatan penutup botol. Contohnya, botol minuman 100+, sekarang tidak lagi mencetak jenamanya di penutup botol sebaliknya penutupnya hanya putih sahaja. 

Adakah selepas ini, jenama-jenama lain akan menjejaki langkah 100+? Kalau ya, maka tiadalah lagi warna-warni penutup botol yang memaparkan jenama mereka di atas penutup botol. Atau mungkinkah selepas ini tiada lagi penggunaan botol plastik pada minuman sebaliknya hanya menggunakan kotak tetrapek bagi menggalakan GO GREEN. Siapa tau kan...?

Jadi, sebelum apa-apa berlaku pada evolusi penutup botol, elok rasanya mula dikumpul dari sekarang.. Jom kumpul!! :)




Baru ini sahaja yang ada. Selepas petak-petak habis dipenuhi penutup botol, aku akan hantar ke kedai untuk membingkaikannya. Selepas tu, terus akan buat lagi pada lembaran yang baru. 

Kalau rajin bolehlah buat carian di Google dengan kata kunci "Bottle Cap", korang boleh lihat betapa penutup botol antara benda yang dikumpul oleh orang Barat dan dijadikan sesuatu yang amat kreatif.

24 comments:

  1. saya pasti, bila dibingkaikan nnt, mesti cantik.
    adakala benda yg dibuang2 ni jikalau disimpan, boleh menjadi suatu yang unik.

    hobi yg menarik dan berbaloi. modal is free..

    ReplyDelete
  2. Wah kemas atas board kuning tu, syabas!. Heaven of earth, pulpy, fanta, revive masih mempunyai warna-warna yang berbeza. Sayang bukan sahaja 100+ malah FN juga, manakala Mirinda masih ada logo cuma semuanya tutup putih.

    ReplyDelete
  3. wow !.. bagus ni. moga berjaya nt tunjukkan update koleksi tu selalu.

    ReplyDelete
  4. ooo ingat penutup botol yang zink tu. kalau yang tu leceh sket, seba ia tajam dan juga ia berkarat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOLEH BIKIN JUGAK KALAU ADA..

      Delete
    2. kau pernah buat?

      tutup botol yang zink tu kan, ketuk dengan hammer bagi leper, lubang kan tengah-tengah nya, masuk kan tali, lepas tu buat pusing-pusing dan tarik.

      dapat imagine tak?

      Delete
    3. APE TAK PERNAH PULAK.. MEMANG PERNAH MAIN.. NOSTALGIA BETULLAH..

      Delete
    4. siap ada bunyi lagi kan? hahahah

      yup. memang nostalgia.

      Delete
    5. YA BETUL.. PASTU MAIN LAGA-LAGA DENGAN KAWAN.. SAPE TALI PUTUS KALAH.. HEHEHE

      Delete
    6. TAK INGAT PULAK APA NAMA TALI.. TALINYA MACAM TALI GASING, TAPI HALUS SIKIT..

      Delete
    7. aku Google tak jumpa-jumpa pun.

      Delete
  5. pernah main penutup botol tu :) best^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. TUTP OREN YANG BESI DULU PERNAHLAH MAIN..

      Delete
  6. masa kecik2 dulu suka gak main penutup botol.. selalunya budak lelaki yg suka kumpul dan main...

    ReplyDelete
  7. huooo..banyaknya! :D p/s klik tabung guess dan nestle kat sini :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...