Monday, April 2, 2012

6 BULAN BERLALU TANPA ROKOK






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Enam bulan tanpa rokok. Ini merupakan kejayaan yang besar dalam hidup saya sejak dilahirkan sebagai seorang perokok sejak zaman persekolahan lagi. Bermula pada 3 Oktober 2011 yang lalu saya telah berhenti merokok dan hari ini 3 April 2012 saya masih tidak merokok walaupun sepam (sesedut) atau sebatang. Syukur Alhamdulillah.

Syukur sekali lagi kerana di dalam kepala otak saya sudah lenyap perasaan ingin merokok. Selepas makan, semasa hendak ke tandas dan sedang berbual-bual, saya tidak lagi terasa ingin merokok. Kalau dahulu saya menerima kesan berhenti merokok dengan berkali-kali batuk tak henti-henti di awal permulaan berhenti merokok, namun kini Alhamdulillah, ia tidak lagi berlaku.

Sekiranya dicongak-congak kembali, sebenarnya kita banyak menghabiskan duit dengan merokok. Tahun demi tahun harga rokok meningkat. Sekarang sudah RM 10.00 sekotak. Kalau dahulu saya menghisap rokok 1 hari 1 kotak, bermakna saya menghabiskan RM 300.00 sebulan untuk membeli rokok. Bukankah angka RM 300.00 itu adalah satu angka yang besar?

Andai kata harga rokok tidak sampai RM 10.00 sekotak, kita andaikan yang paling murah RM 8.00 dan ianya tetap memerlukan belanja yang banyak iaitu RM 8.00 x 30 hari = RM 240.00. Banyak juga tu... Rasanya dengan duit tu kita boleh membeli berbagai-bagai keperluan rumah dan untuk anak-anak.

Sekali lagi, seperti entri-entri saya yang lepas berkaitan merokok, saya menyeru agar kita bersama-sama berusaha berhenti merokok. Merokok merbahayakan kesihatan disamping telah dijatuhkan fatwa bahawa merokok ialah HARAM. Melakukan perkara yang haram adalah berdosa. Namun masih ramai yang tanpa segan silu melakukan dosa di khalayak ramai malah di hadapan isteri dan anak-anak sendiri.

Masa kian berlalu dengan pantas, jangan menoleh lagi kebelakang. Berusahalah berhenti merokok sebelum pelbagai penyakit berkaitan merokok hinggap pada diri kita.

Dapatkan tips berhenti merokok di sini ---> Tips Berhenti Merokok

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Mahu berhenti merokok?


24 comments:

  1. bagus usaha tangga kejayaan !
    semoga kekal begini ye =)

    ReplyDelete
  2. Tahniah..harap2 bley benti terus ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. FIZA : YA TERIMA KASIH.. INSYAALLAH.

      Delete
  3. syabbas fairus..saya harap semua lelaki² di luar sana pun berhenti merokok juga ..um..nak pesan kat suami sendiri juga :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. SANGRATOO : NASIHATKAN SUAMI TU..

      Delete
  4. alhamdulillah..bersama-samalah kita berganding bahu menasihatkan rakan-rakan kita supaya segera berhenti merokok ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAHROM : YA.. SALING NASIHAT MENASIHATI..

      Delete
  5. kempen terbaik bro...pcl dah tinggalkannya sejak kawen lagi ..syg diri syg bini dan famili.

    ReplyDelete
  6. bgus...that is good decision...

    ReplyDelete
  7. tak sempat baca... sempat singgah je.. [^__^]

    ReplyDelete
  8. congrates ye! husband sy kene belajar ngan awak ni tips2 nak berenti merokok. tp skrg pon dia dh mula slow sikit..

    ReplyDelete
  9. FTR : NANTI SINGGAH DAN BACA YE.. :)

    ReplyDelete
  10. AZZEY : HARAPAN SAYA AGAR SUAMI AWAK JUGA AKAN BERHENTI MEROKOK.

    ReplyDelete
  11. GEDEK : MESTILAH GENG BANG..

    ReplyDelete
  12. Syabas dari Iaryylr,

    Semoga kekal tanpa rokok.

    ReplyDelete
  13. IARYYLR : TERIMA KASIH BANG..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...