Monday, April 22, 2013

PENDAKIAN KE GUNUNG ANGSI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ini merupaka hari yang bersejarah buat diri aku. Buat pertama kalinya aku berjaya mendaki sebuah gunung hingga ke puncaknya. Gunung yang aku daki ialah Gunung Angsi yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Seramai 60 orang peserta yang telah mengikuti ekspedisi pendakian gunung ini yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Muzium Malaysia, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan juga Perbadanan Muzium Melaka. Jabatan aku menghantar peserta yang terkecil iaitu hanya seramai 8 orang.

Sebenarnya ekspedisi ini dijalankan sebagai siri latihan 'team building' di samping untuk mengenalpasti peserta yang bakal layak mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu yang telah dirancang bakal diadakan pada penghujung tahun ini. Selepas ini mungkin kami akan mendaki Gunung Datuk pula yalng juga terletak di Negeri Sembilan.

Sedikit maklumat berkenaan Gunung Angsi :

a) Terletak di Tanjong Ipoh di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

b) Ketinggian setinggi 825 meter atau bersamaan 2,702 kaki.

c) Berhampiran dengan Hutan Rekreasi Ulu Bendol.

Semasa mendaki kami bermula pada pukul 9.00 pagi dengan dimulakan dengan pendakian yang agak curam kemudaiannya sedikit curam dan seterusnya laluan yang landai. Terdapat juga laluan turun naik sebelum sampai ke puncaknya. Akhirnya pada pukul 11.40 pagi kami berjaya menahan puncak Gunung Angsi. Masa mendaki ialah selama 2 jam 40 minit.

Laluan inilah pendakian dimulakan


Setelah melepaskan lelah di puncak, kami turun semula pada pukul 12.05 tengah hari. Masa turun, tidaklah berasa penat sangat. Tapi kaki perlu juga kuat. Ada kalanya kali tersadung, tergelincir, terpelecok disebabkan laluan yang tidak rata dan licin. Akhirnya dalam pukul 2.00 petang kami berjaya sampai kaki gunung.

Okaylah.. Jom layan saja beberapa gambar semasa pendakian ini..

Ber'posing' sebelum mendaki
Mula pendakian
Laluan curam
Masih ingat dua orang jejaka ini? Sila KLIK
Masa untuk ber'posing'
Apa nama binatang ni? Siapa tau?
Bapak besaunya semut hutan ni..
Terus semangat tinggal 18 minit untuk sampai ke puncak
Ber'posing' lagi...
Yeah... Tapi ni bukan di puncak..
Ranap kasut aku.. Memang terus ke bakul sampah.. Dah ternganga sebelah kanan..

Dah.. Itu saja. Sekian, terima kasih. :)

8 comments:

  1. waahhhhhhh bestnyerrrr....

    dah lama tak naik gunung gak nie....

    satu2nya gunung yg pernah moon naik... Gunung ledang (sbyk 2kali je-tu pon join askar wataniah)

    ReplyDelete
  2. Dulu ms belajar, ade camping kat Ulu Bendul. N option utk peserta, nak daki gunung angsi ke tak...tp sy tak suke hutan. Hehehehe....tak ikut pun g daki gunung.

    ReplyDelete
  3. tapak kasut ternganga tu tandanya ia sudah lama tak digunakan, lapuk dalam simpanan..haha kan, maaf kalau aku salah...tp apa pon kepuasan tercapai bila sampai dipuncak...aku suka aktivi mendaki tp takda geng lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BIASA PAKAI JUGA KASUT TU PCL.. TAPI NAK BUAT CAMNE, DAH LAKUAKN AKTIVITI LASAK.. TERNGANGA AKHIRNYA.. BALIK SINGGAH KEDAI BELI SELIPAR.. :)

      Delete
  4. Lama tak hiking.....
    Kasut hiking pun tersimpan je dalam almari..
    Hehhhehehe..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...