Saturday, December 3, 2011

MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada sesiapa yang pernah membaca penulisan saya bertajuk Koleksi Barang Antik.? Erm... Itulah salah satu barang koleksi yang sedang saya kumpul dan simpan di rumah. Koleksi tersebut kebanyakan saya perolehi dari rumah emak saya.

Dan sekarang saya mula berjinak-jinak dengan satu lagi koleksi yang boleh dikumpul (collectable item) iaitu barangan Milo. Rasanya baru seminggu dua ni saya baru mula mahu mengumpul barangan Milo iaitu sejak saya terima dua buah Van Mini Milo yang saya tebus dari syarikat Milo. Dari itu, mula muncul minat untuk saya mengumpul barang-barang Milo. Saya pasti, sejak dari mula Milo ditubuhkan sehingga kini tentunya banyak barangan untuk koleksi yang telah dikeluarkan.

Buat masa ini saya hanya ada beberapa barangan Milo yang saya dapat di mana saya dua saya perolehi dari rumah emak saya dan selebihnya saya beli di Mudah.my dan di kedai. Kalau nak diikutkan, dulu memang banyak barangan koleksi Milo yang terdapat di rumah emak saya, tapi semuanya sudah entah ke mana.

Tapi mulai sekarang saya akan lebih teliti bagi memastikan setiap barangan Milo tidak akan terlepas dari pandangan mata saya. Di bawah ini terdapat beberapa barangan Milo yang baru saya kumpul : )


Erm... Ada sesiapa yang mempunyai barangan Milo yang hendak didermakan? Dermalah pada saya ye. :) Tu pun kalau rasakan barangan itu tidak bernilai bagi kamu. Tapi sekiranya hendak menjual, saya sedia membelinya. Tetapi harga biarlah berpada-pada. Kalau mahal sangat mungkin tak mampu nak beli nanti.

Apa-apapun, bagi sesiapa yang tak suka mengumpul, bolehlah mulakan mengumpul sebagai hobi. Lagipun, sesuatu barang akan bernilai suatu masa nanti. Kiranya dalam masa 50 ke 60 tahun akan datang mungkin barang yang kita simpan menjadi suatu artifak yang sangat berharga.

19 comments:

  1. wah..bersungguh-sungguh ko bro kumpul barangan milo ni..tak pe tak per...1 masa nanti ia mungkin akan mengimbau kenangan..ye tak :)

    ReplyDelete
  2. wah... bagusnya bro fairus.. rajin sungguh menyimpan barang2 milo... dulu saya suka kumpul setem je.. skang.. dah maleh pulak nak kumpul2 ni..

    ReplyDelete
  3. aku suka tgk botol air milo hang tue..ia sgtla cute taw....

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Fairus, I am mr. Chin from Borneo Post. I came across two very interesting MILO combo pictures on your blog. I would like to feature them in my paper. Of course, I shall mention the source of the pictures, hence, the credit goes to you. Do I have the permission from you? Thank you very much.

      Delete
  5. AMRY : YA BETUL. MANA TAU NI.. ;)

    ReplyDelete
  6. FTR : SETEM PUN SAYA KUMPUL JUGA.. ;)

    ReplyDelete
  7. SAHROM : WALAUPUN KAU SUKA, AKU TAK BOLEH NAK BERI PADA KAU.. SEBAB AKU PUNYA.. ;P

    ReplyDelete
  8. penah dgr tak cite yg org kata bahan dlm milo ni salah satu nye adalah cicak?

    ayoyoooo

    ReplyDelete
  9. MAMANORIZ : YE KE? TAK PERNAH DENGAR PUN CERITA NI..

    ReplyDelete
  10. menarik ler hobi cam gini....:))

    ReplyDelete
  11. AZANA : SAYA HANYA BARU BERMULA. RAMAI DI LUAR SANA LEBIH HEBAT KOLEKSI MILONYA..

    ReplyDelete
  12. wah! menarik nie ada rakan2 dan geng milo, syabas!. Satu tips untuk mendapatkan barang milo, kita singgah dikedai2 makan, biasanya tersusun dibahagian mug,gelas atau para2. pernah juga iaryylr terlepas mug2 milo agak rare sebab menanguhkan untuk bertanya, sebab adakalanya malu-malu kucing atau segan2 muncul pula tiba-tiba...

    ReplyDelete
  13. iaryylr : ALAMAK BANG, TERIMA KASIHLAH PASAL BERI TIPS.. LEPAS NI DAH BOLEH CARI.. HEHE..

    ReplyDelete
  14. THE BORNEO POST : U R WELCOME.. THEN DONT FORGET TO TELL ME WHEN THAT ARTICLE WAS PUBLISH.. I NEED TO KNOW.. THANK A LOT..

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. askum, fairus piring cawan kopitiam milo ada lebih kan, tak mau share atau jual ker 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAALAIKUMUSALAM.. MAAF LE BANG.. DULU MEMANG ADA PIRING SAHAJA, SEKARANG SEMUA PIRING DAH ADA PASANGAN.. MAAF YE..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...