Showing posts with label pengalaman dibuli. Show all posts
Showing posts with label pengalaman dibuli. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

BUDAYA BULI DI SEKOLAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kian menjadi-jadi pula budaya buli membuli di sekolah, terutama di sekolah berasrama. Apa nak jadi budak-budak sekarang? Emak bapa menghantar anak ke sekolah dengan harapan mereka menuntut ilmu, namun sebaliknya dia mahu menjadi taiko di sekolahnya.

Pihak sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih besar lagi. Sudah memang buli ini menjadi budaya di sekolah, justeru pihak pengurusan sekolah dan guru-guru harus mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

Pihak sekolah usahlah hanya mementingkan nama sekolah saja, tetapi perlu bertindak dengan proaktif bagi memastikan pembuli-pembuli ini dapat menerima tindakan yang sewajarnya berdasarkan kesalahan yang dilakukan. Ini tidak, ada sesebuah sekolah yang sanggup menutup kes demi menjaga nama baik sekolah.

Aku bagi contoh terdekat, anak buah aku [KLIK], baru-baru ni dia dapat masuk ke sebuah sekolah sukan di Kuala Lumpur. Bukan senang nak masuk sekolah tu, perlu keputusan UPSR yang bagus dan menjalani ujian pemilihan. Alhamdulillah, dia berjaya masuk ke sekolah tersebut.

Namun, apa yang tidak menariknya, budaya buli-membuli tumbuh segar di sekolah tersebut. Dari kes pecah locker, mencuri makanan, menterbalikan katil sudah menjadi kebiasaan di situ. Bukan sekali, tapi tiap-tiap minggu ianya berlaku.

Pada satu tahap, anak buah aku sudah tidak tahan menanggung apa yang berlaku pada dirinya dan kawan-kawan sehingga dia berasa takut untuk bersekolah di situ lagi. Pada satu hari dia memang sudah tak mahu bersekolah di situ, menangis-nangis dia minta ditukarkan sekolah. Akhirnya, dia kembali ke Melaka dan kini bersekolah di sekolah sukan.

Pesanan aku pada budak-budak yang suka membuli, sudah-sudahlah tu, tak kemana-mana ketaikoan kau tu. Sekali kau buat orang, tak mustahil kau akan kena semula mungkin dengan cara yang lebih teruk lagi.

Ingatlah, dunia ini hanya sementara, akhirat jua yang kekal. Hiduplah dengan saling sayang menyayangi antara semasa insan dan sesama makhluk. Inshaa Allah, hidup kita akan aman damai.