Showing posts with label pemanasan global. Show all posts
Showing posts with label pemanasan global. Show all posts

Thursday, October 14, 2010

HIJAU BUMI TUHAN (GO GREEN)

Pemanasan global kini telah menjadi isu sejagat di mana ia kian menjadi perbincangan masyarakat di Malaysia malahan turut dibincangkan di mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kebimbangan dunia terhadap kecairan ais di Kutub Selatan dan bencana alam serta ketidaktentuan iklim yang melanda telah membawa satu kesedaran bersama untuk mengatasi masalah ini.

Dalam mengatasi isu sejagat ini, melalui perbincangan dan kajian yang dilakukan, maka tercetuslah satu kaedah yang difikirkan dapat mengatasi masalah ini di mana ia dikenali sebagai Teknologi Hijau.

Teknologi Hijau ini bukanlah sekadar menanam pokok-pokok dan lanskap, namun ia juga melibatkan teknologi-teknologi yang mesra alam. Teknologi yang mampu mengurangkan pembebasan pencemaran terhadap alam sekitar dan teknologi yang mampu mengurangkan pemanasan di muka bumi ini.

Di Malaysia kini, kerajaan telah mula sedar akan isu pemanasan global. Malahan sektor-sektor swasta juga telah bersama-sama menuju ke arah menyahut cabaran untuk memastikan isu ini dapat dikurangkan atau diatasi sepenuhnya. Antaranya yang kita dapat lihat sekarang dan bakal dibangunkan ialah :

1. Program kitar semula
2. Memperkenalkan inovasi kereta hibrid dan elektrik.
3. Penanaman pokok secara besar-besaran.
4. Mengurangkan penggunaan beg plastik.
5. Memperkenalkan teknologi tenaga solar.
6. Penjanaan kuasa dengan sistem hidroelektrik.
7. Penggunaan petrol tanpa plumbum.
8. Penggunaan lampu LED.
Dan lain-lain lagi.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan bumi ini seharusnya turut bersama-sama menjaga bumi bagi memastikan pemanasan global dapat dikurangkan dan sama-sama menuju ke arah penggunaan Teknologi Hijau. Sambutlah cabaran hijaukan bumi tuhan kerana sesungguhnya manusia merupakan khalifah yang perlu menjaga bumi Allah ini dari kebinasaan.