Showing posts with label pelakon. Show all posts
Showing posts with label pelakon. Show all posts

Friday, April 29, 2011

AKSI PANAS : PERLUKAH?

Perlukah filem-filem atau drama-drama di Malaysia yang dikatakan 'Negara Islam' ni menayangkan aksi panas untuk paparan umum? Walaupun nampak tak keterlaluan tapi bukankah ia akan sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda anak-anak kecil dan para remaja untuk melakukan perlakuan sedemikian rupa juga.

Kalau ia dimainkan di panggung wayang mahupun di kaca televisyen, adakah kita mampu untuk menghalang anak-anak untuk menontonnya? Sekiranya kita ada bersama mereka, pastinya kita dapat mengawal. Tapi apa halnya pula sekiranya di belakang kita. Bukankah mereka akan turut menonton walaupun hakikatnya ia telah dikelaskan dalam kategori 18 SX atau sebagainya.

Terbaru, sebuah filem arahan Osman Ali yang diadaptasi dari sebuah novel bertajuk Ombak Rindu turut tidak terkecuali menayangkan sedutan aksi panas antara Aaron Aziz dan Maya Karin. Kita yang sudah dewasa ni pun agak tak senang dengan aksi ini dipaparkan apakan lagi untuk ditonton oleh remaja yang belum berkahwin.


Sudah-sudahlah tu para producer mahupun penerbit filem membuat selingan seperti ini. Bukan semua orang sukakannya. Memang benar pasti ada yang akan menyatakan "kalau tak suka jangan tengok", tapi adakah sekadar dengan meng"ignore"kan saja ia mampu memperbetulkan keadaan? Kita sama-sama perlu saling menegur sekiranya ada kesalahan dan kesilapan dalam satu-satu hal agar ia tidak diulangi dan dapat dibendung. Kalau tak, pastinya ia akan berterusan dan terus menggalakan.

Sedarlah... Kita ini beragama Islam. Ada had-had tertentu, yang mana boleh dilakukan dan mana yang tidak.

Apa kata hati korang, perlukah?



Wednesday, February 16, 2011

SHAH RUKH KHAN BUAT PENGAMBARAN FILEM DON 2 DI MELAKA

Siapa yang tak kenal Shah Rukh Khan? Pelakon terkenal Bollywood yang mempunyai lakonan yang mantap. Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang pengarah. Dulu, terdapat kontroversi yang melibatkan kerajaan negeri Melaka kerana memberikan gelaran "Datuk" kepada Shah Rukh Khan. Tetapi adakah anda tahu cerita disebaliknya?

Melaka adalah sebuah negeri yang menjana ekonomi berdasarkan pelancongan. Dalam usaha mempertingkatkan kedatangan pelancong asing, promosi secara besaran adalah satu cara yang terbaik. Namun, belanja untuk membuat promosi di peringkat antarabangsa bukanlah suatu yang murah. Oleh itu, langkah kerajaan negeri Melaka memberikan gelaran "Datuk" kepada Shah Rukh Khan merupakan satu usaha promosi yang cukup bijak, selain mengiktiraf Shah Rukh Khan sebagai ikon dunia yang berjaya dalam bidang lakonan.

Gambar : Pakcik Google

Sekarang ini, Shah Rukh Khan sedang membuat pengambaran filem Don 2 di Melaka. Apa yang bagusnya? Yang bagusnya ialah, dengan membuat pengambaran di Melaka, dengan secara tidak langsung akan mempromosikan negeri Melaka yang bersejarah ini di merata dunia. Dengan adanya promosi melalui pengambaran filem seperti ini, sudah tentu ianya bakal memberikan banyak manfaat kepada negeri Melaka yang terkenal sebagai negeri pelancongan serta akan memacu ekonomi negeri.

Bijakkan kerajaan negeri Melaka? Oleh itu, bagi mereka yang kurang faham terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka dapat memahami apa sebenarnya yang tersirat di sebalik pemberian gelaran "Datuk" kepda Shah Rukh Khan.




Saturday, January 1, 2011

PELAKON MOHD FAIZAL YUSUF MENINGGAL DUNIA

Gambar : Mstar Online

Pelakon muda berbakat besar, Mohd Faizal Yusuf telah dilaporkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada 1 Januari 2011 akibat serangan jantung.

Marilah sama-sama kita doakan rohnya agar dicucuri rahmat.

Sesungguhnya Allah mengambil nyawa seseorang tidak kira tua atau muda. Kita yang masih hidup ini marilah bersama-sama membuat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang-Nya.

Berita lanjut : klik di sini