Showing posts with label miniatur. Show all posts
Showing posts with label miniatur. Show all posts

Monday, January 21, 2013

BOBOIBOY : AKHIRNYA SEMPURNA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Dikatakan bulan Disember 2012 miniatur BoboiBoy Kuasa Petir dan Gopal telah berada di pasaran. Pergi Kedai Mesra Petronas ini tiada, itu tiada, ahhh... agak kecewa. Saya memandu satu malam hanya sekadar untuk melengkapkan koleksi miniatur BoboiBoy namun sedikit hampa kerana masih tiada dalam pasaran.
 
Saya hanya mampu bersabar dan menjangkakan bahawa mungkin keluarannya agak lewat kerana penghabisan promosinya ialah pada hujung Januari 2013.
 
Sebelum ini saya telah membeli miniatur BoboiBoy Kuasa Angin dan Yaya serta BoboiBoy Kuasa Tanah dan Ying, dan kali ini saya telah berjaya melengkapkan semua koleksi miniatur BoboiBoy ini dengan pembelian terakhir iaitu BoboiBoy Kuasa Petir dan Gopal.
 
Nasib baiklah saya dapat beli dipenghujung bulan Januari 2013 ini, kalau tak pastinya akan terlepas sepertimana saya terlepas untuk mendapatkan koleksi Upin Ipin di Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC).
 
Okay, jom layan saja gambar koleksi miniatur BoboiBoy ini :
 
 
 
 

Apabila berada di dalam kotak
 
Apabila berada di luar kotak
Lengkap sudah...
 
Aik!! Ni siapa dengan BoboiBoy dan Yaya ni.....?

Thursday, November 8, 2012

BOBOIBOY LAGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Siapa yang biasa membaca blog saya ini pasti akan teringat entri saya berkenaan Jom Kumpul BoBoiBoy @ Petronas.
 
Pada bulan Oktober yang lepas saya telah mengumpul 2 miniatur animasi BoBoiBoy iaitu BoBoiBoy Kuasa Angin dan Yaya. Pada bulan November ini pula 2 lagi miniatur saya dapat kumpul iaitu BoBoiBoy Kuasa Tanah dan juga Ying.
 
Jom, siapa yang masih belum dapat miniatur animasi ini, dapatkannya di kedai Mesra @ Petronas.
 
BoBoiBoy Kuasa Tanah

Ying


Miniatur BoBoiBoy bagi Bulan Oktober dan November

Sedang menunggu keluaran bulan Disember pula iaitu BoBoiBoy Kuasa Petir dan Gopal. Selepas itu, lengkaplah koleksi BoBoiBoy... :)

Wednesday, October 24, 2012

JOM KUMPUL BOBOIBOY @ PETRONAS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Kalau sebut pasal animasi BoBoiBoy, pastinya ramai kanak-kanak di Malaysia yang sangat mengenali dengan watak-watak yang ada dalam siri animasi ini. Jangankan di Malaysia, siri animasi ini telah berjaya menembusi beberapa buah negara dan jika tidak silap, animasi BoBoiBoy telah mengatasi Upin Ipin sebagai animasi yang paling popular di Malaysia.
 
Sekarang BoBoiBoy sedang menyerang stesyen-stesyen minyak Petronas dengan rakan-rakanya seperti Gopal, Yaya dan Ying. Mereka tampil sebagai miniatur yang harus dikumpul oleh collector kanak-kanak yang menyukai siri animasi ini. Saya juga tidak terlepas untuk mendapatkannya sebagai koleksi saya.
 
Untuk pengetahuan bagi mereka yang masih tidak mengetahui tentang kehadiran miniatur BoBoiBoy di stesyen minyak Petronas, ia mempunyai 6 buah miniatur yang mula dijual pada bulan Oktober 2012 di mana setiap bulan hanya 2 buah yang dijual. Harganya ialah RM 19.90 atau RM 16.90 sekiranya membuat pembelian di Kedai Mesra Petronas sebanyak RM 15.00.
 
Jom dapatkannya di Kedai Mesra Petronas
 
Gambar di atas merupakan miniatur siri BoBoiBoy yang boleh didapatkan di Kedai Mesra Petronas. Saya bertekad untuk mendapatkan keenam-enam buah sebagai pelengkap koleksi. Kalau dulu saya pernah mengumpul miniatur Upin Ipin di Restoran Kentucky Fried Chicken, tetapi saya gagal untuk melengkapkan koleksi dan rasa amat terkilan sekali.  
 
Sebenarnya saya mula minat mengumpul miniatur animasi selepas saya mengumpul miniatur Upin Ipin. Selepas itu saya telah berjaya mengumpul miniatur Spiderman juga melalui Restoran KFC dan yang terakhir yang dapat saya kumpul ialah miniatur Doraemon.
 
Kini saya sudah memilik 2 buah miniatur siri BoBoiBoy dan akan terus mendapatkan 4 buah lagi di bulan-bulan akan datang. Jom layan saja miniatur siri BoBoiBoy yang baru saya peroleh ini.
 
Memperkenalkan BoBoiBoy dan Yaya
 
BoBoiBoy dengan Kuasa Angin

Yaya