Showing posts with label mesin atm. Show all posts
Showing posts with label mesin atm. Show all posts

Friday, November 19, 2010

BERHATI-HATI SEMASA KELUARKAN DUIT DARI MESIN ATM

Apabila duit gaji sudah masuk, pasti ramai ke mesin ATM untuk mengeluarkan duit gaji mereka. Disamping berhati-hati dari aspek keselamatan, terdapat satu lagi aspek berhati-hati yang perlu ditekankan.

Aspek berhati-hati yang dimaksudkan ialah berhati-hati dengan bilangan duit yang dikeluarkan. Ada kalanya kita alpa, duit yang dikeluarkan terus dimasukkan ke dalam beg duit tanpa mengira jumlahnya terlebih dahulu.





Sebenarnya ada kejadian mesin ATM mengeluarkan jumlah duit kurang dari jumlah yang sepatutnya. Perkara ini pernah berlaku pada seorang teman isteri saya baru-baru ini dan untuk mendapatkan semula duit tersebut di bank merupakan kerja yang amat sulit dengan pelbagai prosedur.

Moral dari kisah ini : Kira dulu duit yang dikeluarkan dari mesin ATM kerana tidak semua mesin berfungsi dengan sempurna, ada kala ianya rosak dan perlu dibaiki. Manusia pun kadangkala silap kira, inikan pula mesin.