Showing posts with label memasak. Show all posts
Showing posts with label memasak. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

MR. MAMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari Isnin hingga hari Rabu aku bercuti rehatkan badan dan minda di rumah. Cuti tahun pun memang banyak lagi, jadinya, aku mengambil keputusan untuk bercuti. 

Pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan anak perempuan aku yang menyelak baju dan menghisap puting aku. Aduhai, dia ingat aku ni mama dia agaknya. Isteri aku bekerja, tidak bercuti.

Ingat lepas bangun tidur, aku nak hantar anak kecil aku ke rumah penjaganya, tapi penjaga mahu bercuti. Jadi akulah yang akan menjaga sendiri 2 orang anak aku. Yang besar tu takpelah, memang senang dijaga, yang kecil tu agak sukar sedikit.

So far, memang tiada masalah menjaga mereka. Waktu makan kami makan bersama, lepas makan, kitorang pun tidur bersama. Cuma masa diorang bermain tu adalah gaduh-gaduh sedikit. Terjerit sana, terjerit sini. Aku pun terjerit sama. :)

Hari ni banyaklah juga kerja-kerja rumah yang dibuat, membasuh dan menyidai pakaian, menyapu lantai dan memasak. 

Bab memasak ni memang minat, tapi takde ilmu. Dalam perkataan lain, tak tahu memasak. Aku sudah berfikir-fikir untuk buat sup ayam, kerana isteri aku pernah beritahu, anak sulong aku suka makan sup ayam, makan pun akan bertambah-tambah. Jadinya sebelum memasak tu, aku telefon isteri aku untuk minta resepi cara-cara membuat sup ayam.

Gambar sekadar hiasan. Tak sempat nak ambil gambar Sup Ayam aku, anak-anak dah tak sabar nak makan. Sumber gambar >> KLIK <<


Laaa... rupa-rupanya senang saja buat sup ayam. Lepas masak, aku merasa sup ayam tu, dan aku berpuas hati. Rasa sedap, macam isteri aku masak juga. Hehehe. Selain sup ayam, aku juga memasak ayam kunyit menggunakan kuali seperti 'Pemanggang Ajaib'.

Dah ni je yang nak diceritakan. Esok bercuti lagi, mungkin akan terus jadi Mr. Mama semasa bercuti ni. d:-)

Wednesday, October 26, 2011

CULINARY.... I LIKE....





Jangan pelik kalau aku katakan aku suka dan minat memasak tetapi aku tidak pandai memasak. Pelik Tak? Sampai la sekarang, minatnya ada tetapi tiada anjakan yang membolehkan aku memasak. Setakat memasak yang ringan-ringan tu tahulah sedikit-sedikit.

Teringat dulu masa lepas SPM, ada minta sambung belajar seni kulinari tetapi tak dapat. Last-last sambung ambil STPM dan ambil ijazah dalam jurusan lain. Tak terfikir pula nak ambik seni kulinari dulu, kalau tak, silap-silap sekarang dah jadi chef kat hotel atau restoran sendiri. :)

Kalau duduk di rumah tiada benda lain nak buat pastinya aku akan menonton saluran kegemaran iaitu Asian Food Channel (AFC)

Memang suka tengok makanan-makanan yang disediakan. dengan seninya yang menarik dan nampak sungguh lazat. Rancangan yang biasa ditonton di saluran AFC seperti Hells Kitchen, Restaurant Makeover, Lincence To Grill dan banyak lagi.

Chef Ramsay yang mega garang!!!

Tukar restoran dengan rekabentuk yang baru...

Pak Itam yang master dalam grill menggrill...

Baru-baru ini di Astro Ria juga ada membuat satu rancangan masakan iaitu MasterChef Malaysia, pergh.. memang hari-hari mengadap televisyen. Hehe.. Suka sangat (Hahaha... Cam pondan je). Memang best la MasterChef ini, peserta dari pelbagai latar belakang dan bukannya terdiri dari chef sendiri. Ada yang bekerja sebagai pengurus, pesara tentera, jurulatih peribadi dan ada juga penoreh getah serta penuntut IPT.


Memang dari mula-mula iklan mengenai MasterChef Malaysia ni aku sudah teruja sangat. Memang tak sabar nak menantikan rancangan ini. Dan setelah beberapa hari menonton rancangan ini, ia sememangnya rancangan yang menarik.

Yang ni pula antara koleksi majalah yang aku ada, iaitu Majalah Saji yang memaparkan pelbagai resepi dari dalam dan luar negara. Buat masa ini, just baca-baca sahaja, tapi belum try memasak lagi.


Apa yang aku boleh masak yang inilah saja. Konon-kononnya ala Barat la ni... :)

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hehe... Semua instant.. Just goreng saja... Susun bebaik nampaklah sikit macam culinaries art... Manalah tahu suatu hari nanti, dah bosan kerja atau lepas pencen boleh buka restoran pulak... :p