Showing posts with label melaka maju 2010. Show all posts
Showing posts with label melaka maju 2010. Show all posts

Friday, October 22, 2010

PENCAPAIAN TERKINI 32 INDIKATOR MELAKA MAJU 2010

Indikator yang dipaparkan di sini adalah pencapaian terkini (20 Oktober 2010) dan disertakan juga perbandingan antara pencapaian Malaysia dan negara-negara lain.

1. KDNK Per Kapita (PPP $US -Harga Semasa)

Melaka $US 15,578.0
Malaysia $US 14,015.3
Turki $US 13,100.0

2. Kadar Pertumbuhan KDNK (%)

Melaka -0.4%
Malaysia -1.7%
USA -2.4%

3. KDNK - Sektor Pertanian (%)

Melaka 4.6%
Malaysia 7.7%
Denmark 1.2%

4. KDNK - Sektor Pembuatan (%)

Melaka 47.9%
Malaysia 26.9%
Perancis 14.1%

5. KDNK - Sektor Perkhidmatan (%)

Melaka 48.4%
Malaysia 57.4%
Norway 55.9%

6. Kadar Inflasi (%)

Melaka 0.1%
Malaysia 0.6%
Iceland 12.0%

7. Pengagihan Pendapatan (Gini Coefficient)

Melaka 41.0
Malaysia 46.2
Mexico 48.1

8. Kadar Pengangguran (%)

Melaka 2.4%
Malaysia 3.6%
Sepanyol 18.1%

9. Jangka Hayat (Jumlah)

Melaka 73.0
Malaysia 74.4
Turki 72.0

10. Jangka Hayat (Lelaki)

Melaka 70.2
Malaysia 70.0
Korea 31.2

11. Jangka Hayat (Perempuan)

Melaka 75.7
Malaysia 76.8
Turki 74.0

12. Kadar Kematian Bayi (Per 1,000 Kelahiran)

Melaka 8.2
Malaysia 6.5
Turki 26.0

13. Kelayakan Tertiari (% Dari Umur 25-34 Tahun)

Melaka 29.6%
Malaysia 58.1%
Jerman 22.0

14. Jenayah (Per 100,000 Orang)

Melaka 723.5
Malaysia 771.2
Sweden 13,493.4

15. Pembunuhan (Per 100,000 Orang)

Melaka 1.6
Malaysia 2.2
USA 5.2

16. Wanita Dalam Pengurusan (%)

Melaka 29.7%
Malaysia 28.8%
Jepun 9.0%

17. Wanita Dalam Parlimen (%)

Melaka 10.7%
Malaysia 15.0%
Turki 9.0%

18. Pekerja Berpengetahuan (%)

Melaka 26.3%
Malaysia 27.6%
Mexico 18.4%

19. Kadar Pertumbuhan Penduduk (%)

Melaka 2.1%
Malaysia 2.1%
Hungary -0.1%

20. Kadar Kemiskinan (%)

Melaka 0.5%
Malaysia 3.6%
Republik Slovakia 21.0%

21. Bekalan Air (% Kepada Penduduk)

Melaka 100.0%
Malaysia 100.0%
Korea 92.0%

22. Bekalan Elektrik (% Kepada Penduduk)

Melaka 100.0%
Malaysia 100.0%
UK 100.0%

23. Akses Kepada Telefon & Telefon Bimbit (Per 1,000 Orang)

Melaka 1,332.1
Malaysia 1,028.0
Kanada 1,080.0

24. Penggunaan Internet (Per 1,000 Orang)

Melaka 590.0
Malaysia 317.0
Greece 180.0

25. Pengeluaran CO2 Per Kapita (%)

Melaka 6.7%
Malaysia 6.3%
Belanda 11.1%

26. Bilangan Spesis Terancam

Melaka 631.0
Malaysia 631.0
Luxembourg 5.0

27. Indeks Persepsi Rasuah (CPI)

Melaka 4.5
Malaysia 4.5
Mexico 3.3

28. Tanah Yang Dilindungi (%)

Melaka 11.0%
Malaysia 11.0%
Ireland 0.5%

29. Keberkesanan Kerajaan (%)

Melaka 84.0%
Malaysia 84.0%
Itali 66.4%

30. KDNK - Sektor Pembinaan (%)

* Sektor pembinaan negeri Melaka mencapai 2.7% pencapaian negara Jerman

31. Bilangan Doktor (PER 1,000 Orang)

* Jumlah seorang doktor kepada penduduk mencapai 1.2% pencapaian Turki dan Korea

32. Kadar Kebergantungan (%)

* Kadar kebergantungan negeri Melaka mencapai 61.0% pencapaian negara Jepun

PHYSICAL LOOK

* Pendekatan yang paling ketara kerana seseorang rakyat dapat merasai tentang kemajuan negeri Melaka adalah melalui Physical Look, iaitu padangan fizikal yang merangkumi lima aspek yang boleh dilihat, dirasa dan dialami oleh penduduk. Oleh itu, rakyat negeri Melaka memainkan peranan yang penting dalam menilai pencapaian negeri Melaka dari segi kebersihan, lanskap / keceriaan, insfrastruktur dan kemudahan awam, sistem pengangkutan awam dan perkhidmatan kerajaan negeri. Maklumbalas dan persetujuan daripada rakyat menjadi tunjang kepada pengistiharaan Melaka Maju 2010.





Monday, October 18, 2010

I'M NOT POM POM BOY


Sambutan Pengisytiharan Melaka Maju 2010 akan diadakan beberapa hari lagi iaitu pada 20 Oktober 2010 dan bakal dihadiri oleh YAB Datuk Seri Najib di Stadium Hang Jebat, Melaka. Dilihat pelbagai persiapan dilakukan untuk mengadakan sambutan ini dan tak lupa juga raptai pertunjukan-pertunjukan yang akan dipersembahkan kelak.

Dalam mengadakan persembahan, jabatan aku juga telah dipilih untuk melakukan persembahan. Kumpulan koir jabatan aku dan beberapa jabatan yang mempunyai kumpulan koir juga telah dijemput untuk mengadakan persembahan. Dalam hati aku ingat kami semua kena buat persembahan nyanyian koir, tapi sebaliknya kami semua dikehendaki menari sambil menggunakan pom-pom. Aduhai.. Tak tahu pula aku kena jadi macam ni. Aku datang raptai siap pakai baju kameja lagi, yang lain pakai t-shirt saja, berpeluh-peluh dibuatnya.

Erm.. Kalau nak tengok persembahan pom-pom nanti, jangan lupa tengok siaran langsung sambutan Melaka Maju 2010 pada malam 20 Oktober ini di TV3. Yang pastinya aku tak akan sertai kumpulan pom-pom ini.

Akhir kalam, I’m Not Pom-Pom Boy…




Tuesday, October 12, 2010

SEBUAH RUMAH UNTUK DIMENANGI


Kerajaan negeri Melaka memperuntukan sebuah rumah untuk dimenangi oleh sekelian rakyat tidak kira di mana berada dalam cabutan bertuah sempena pengisytiharan MELAKA MAJU 2010 yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.

Kerajaan negeri Melaka telah dan akan mengedarkan 1 juta poskad MELAKA MAJU 2010 di mana di bahagian bawah keratan poskad tersebut boleh diceraikan untuk anda memasuki cabutan bertuah.

Jadi, anda yang belum mempunyai rumah atau hendak menambah rumah, silalah hadir sama ke Stadium Hang Jebat pada 18-20 Oktober ini. Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda semua siapa yang tahu.

(ps: Ilustrasi rumah di atas hanya hiasan sahaja)




Friday, September 17, 2010

SEKOLAH PELAJAR HAMIL

Kerajaan Negeri Melaka akan membuka sebuah sekolah khas untuk wanita-wanita hamil pada 17 Oktober 2010. Sekolah ini dikhaskan untuk memberikan pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah yang terlanjur untuk terus belajar dan meneruskan kehidupan sepertimana pelajar-pelajar biasa.


Dengan memperkenalkan sekolah kepada pelajar yang hamil ini dilihat ada mendapat tentangan dari pelbagai pihak. Namun mengapa kerajaan negeri Melaka mahu terus membuka sekolah ini? Walau apapun tentangan yang diberikan dilihat kerajaan negeri Melaka tetap dengan pendirian untuk melaksanakan program sekolah hamil ini dan ianya tetap akan beroperasi.


Pada pandangan aku sebagai rakyat biasa dan pemerhati, sekolah ini ada baiknya. Kebiasaanya pelajar yang hamil akan terus hanyut dan terbiar tanpa pembelaan dan perhatian yang sewajarnya. Memang benar mereka telah melakukan kesilapan yang besar dalam diri mereka kerana terlanjur, namun adakah kita sanggup menghukum mereka begitu sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab untuk membina kembali kehidupan mereka. Adakah kita akan memulaukan mereka walaupun mungkin pada hakikatnya mereka telah bertaubat.


Orang kita memang gemar dan suka membuat andaian yang begitu cepat dan sempit tanpa memikirkan jangka masa yang panjang. Ada pihak yang menyatakan bahawa dengan adanya sekolah pelajar hamil ini akan menggalakan lagi maksiat. Maksiat akan berleluasa. Apa sekarang tidak banyak maksiat? Apa sekarang maksiat tidak berleluasa? Dengan banyaknya maksiat inilah yang mendorong sekolah pelajar hamil ditubuhkan, demi mengembalikan kesedaran kepada pelajar terbabit, demi mengelakan berlakunya pembuangan bayi, demi mengelakan pembunuhan bayi dalam kandungan. Adakah kita mahu lihat generasi kita jadi pembunuh?


Selain itu, ada juga pelajar yang berkemungkinan berkahwin awal akan mengandung dan berasa malu mahu ke sekolah biasa. Adakah mereka inipun bersalah? Tidak jawapannya. Pelajar tingkatan 6 adalah peringkat umur yang boleh berkahwin, dan mereka mungkin telah mengandung dan segan untuk ke sekolah, jadi, sekolah pelajar hamil ini boleh memberikan mereka meneruskan pelajaran seperti biasa tanpa rasa malu kerana ianya memang sekolah yang khas untuk orang seperti mereka.


Tindakan kerajaan negeri memang tepat pada waktunya selari dengan kehendak Melaka Maju 2010, rakyat Melaka diperlukan untuk mendapat pelajaran yang secukupnya bagi memastikan tahap pendidikan dan keintelektualan rakyat Melaka adalah tinggi. Dengan adanya ilmu pengetahuan dan daya intelek yang tinggi pastinya akan memacu negeri Melaka terus maju ke hadapan. Rasullullah S.A.W pun ada bersabda, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Ini menunjukan mencari ilmu itu adalah penting dan wajib bagi setiap umat.




Wednesday, September 15, 2010

MELAKA MAJU 2010

Negeri Melaka negeri bersejarah juga merupakan Bandaraya Warisan Dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO. Melaka merupakan antara negeri terkecil di Malaysia. Pada 20.10.2010 jam 2010 (tarikh : 20 Oktober 2010, masa : 8.10 malam) negeri Melaka akan diisytiharkan sebagai negeri maju.


Maju ke Melaka? Sebagai rakyat Melaka, aku telah merasai betapa majunya Melaka jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan wawasan kepimpinan negeri yang nyata dan jauh, rakyat Melaka yang dahagakan kemajuan serta kemudahan yang disediakan amatlah dibanggakan.


Dari segi kebersihan, dilihat kerajaan negeri Melaka bersama-sama PBT bertungkus lumus bagi memastikan negeri Melaka sebagai negeri yang terbersih. Lihat sahajalah lanskap-lanskap yang menghijaukan negeri Melaka, dengan bunga-bungaan yang kembang dan segar, susunan lanskap yang cantik dan menarik. Rasanya kita akan berbohong pada diri sendiri kalau mengatakan ia tidak menarik. Dengan lanskap yang indah-indah ini akan memberikan ketenangan, serta membuat perang psikologi kepada para pelancong ke Melaka, supaya di dalam hati dan minda mereka akan memahatkan perasaan betapa indahnya Melaka.



Sektor pelancongan juga merupakan sektor yang berkembang maju di Melaka. Dengan memperkenalkan 12 sub sektor pelancongan di negeri ini, Melaka dilihat mampu berdaya saing dengan negeri dan negara yang mempunyai rekod kunjungan pelancong yang ramai. Lihat sajalah pada masa kini, produk-produk pelancongan di Melaka berkembang bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Ini di atas inisiatif kerajaan negeri dengan mempermudahkan kerenah-kerenah serta memberikan insentif tertentu bagi pemaju-pemaju yang ingin membuat pelaburan di Melaka bagi sektor pelancongan. Secara tidak langsung, anak-anak Melaka dapat peluang pekerjaan, kerajaan dapat mengecapi cukai dan sebagainya. Contoh produk-produk pelancongan yang terdapat di Melaka; Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium-Muzium, Zoo Melaka, Taman Botanikal, Taman Seribu Bunga dan banyak lagi.


Sektor perhotelan juga semakin rancak berkembang. Terdapat banyak hotel-hotel baru dan yang sedang dalam pembinaan. Pembinaan hotel-hotel ini bagi menampung kebanjiran pelancong yang datang ke negeri Melaka pada masa cuti hujung minggu dan cuti umum di mana, pada masa kini, bilik-bilik hotel banyak yang penuh ditempah pada masa tersebut. Kemajuan perkembangan industri perhotelan juga merupakan pendapatan yang besar bagi negeri ini, ia juga menyumbangkan sumber guna tenaga yang ramai yang boleh dipenuhi oleh rakyat Melaka, dan secara tidak langsung isu pengangguran tidak dapat bertapak di negeri Melaka.


Sektor perindustrian juga merupakan sumber pendapatan yang penting bagi negeri Melaka. Terdapat banyak Zon Perindustrian Bebas diwujudkan demi untuk memenuhi kehendak para pelabur yang mendirikan kilang-kilang mereka di sini. Dengan banyaknya kilang-kilang yang bertapak di negeri ini, banyak juga peluang pekerjaan bagi para profesional, separa profesional dan tukang-tukang mahir dan tidak mahir boleh mendapatkan pekerjaan. Pelaburan terbesar yang terbaru yang bertapak di negeri Melaka ialah pembinaan kilang solar di Alor Gajah. Ia merupakan kilang solar terbesar di Malaysia dan banyak menyediakan peluang pekerjaan pada rakyat Melaka. Selepas ini mungkin kerajaan negeri Melaka boleh memikirkan kegunaan tenaga solar untuk menjana elektrik pula, demi untuk menyahut seruan penggunaan Teknologi Hijau.


Terdapat banyak lagi sektor-sektor di negeri Melaka yang telah ke arah Melaka Maju 2010. Tidak dapat nak diungkapkan satu persatu. Ada ungkapan daripada orang barat yang menyatakan bahawa sesebuah negara dianggap maju sekira rakyatnya merasakan negara tersebut adalah maju.


Justeru itu, sebagai rakyat negeri Melaka kita seharusnya sedar akan kemajuan yang kita kecapi dan bersama-sama pihak kerajaan bekerjasama bagi memastikan negeri Melaka maju dan terus maju. Berbanggalah kita sebagai rakyat negeri Melaka.


Walaubagaimanapun, dalam usaha mengecapi kemajuan, pihak kerajaan negeri juga seharusnya meningkatkan kesedaran moral dan agama kepada rakyat Melaka. Dengan pengetahuan agama dan moral yang tinggi akan menjanjikan kemodenan dan kerohanian berjalan selari dan seimbang.


Kesedaran sivik juga harus terus dipupuk dikalangan generasi dari usia di sekolah rendah lagi. Ini dapat memastikan pertumbuhan minda anak-anak dalam hal-hal keutamaan dan kesedaran sivik dapat dipertingkatkan. Sebagai balasan generasi dan rakyat Melaka akan patuh pada peraturan, menjaga kebersihan, tidak melakukan vendalisma dan lain-lain lagi. Ini adalah baik untuk negeri yang bertaraf negeri maju. Namun kesedaran sivik ini hanya boleh berjaya sekiranya rakyat bersama-sama menyokong garis panduan, peraturan mahupun undang-undang yang sedia dipakai sekarang.


Bagi pembangunan sistem pengangkutan, ada banyak lagi yang perlu diperhalusi. Jalan raya haruslah sistematik. Kurangkan kesesakan terutama di Bandar Hilir semasa cuti hujung minggu dan cuti umum kerana lokasi ini adalah lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Berilah keselesaan kepada mereka memandu di atas jalan raya tanpa gangguan kesesakan.


Akhir kata rakyat dan kerajaan mestilah bersama-sama berganding bahu untuk memastikan kemajuan yang bakal dikecapi akan terus menuju ke hadapan dan bukannya ke belakang.