Showing posts with label koleksi-koleksi milo. Show all posts
Showing posts with label koleksi-koleksi milo. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

RINDU SAMA MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Agak lama sudah tidak paparkan entri berkaitan koleksi MILO. Bukan dah tak kumpul, cuma macam malas pula nak ambil gambar. 

Tapi malam tadi aku agak rajin. Dah takde buat apa tu, aku belek-belek koleksi MILO agak baru aku dapat, lalu aku ambillah gambarnya satu persatu. 

Ok, taknak cakap banyak. Layan sajalah koleksi MILO yang baru masuk dalam koleksi aku ni.



Cawan MILO keluaran Singapura. Aku beli melalui Facebook. Orang Malaysia yang jual, bukan Singapura. Kalau tak silap aku beli ni RM 20.00 @ RM 25.00 siap dengan pos. Lupa pula harganya.


Bekas pensil MILO. Orang Melaka sebut Lopak atau Pelopak. Ni benda baru. Dapat percuma dengan pembelian 2 pek MILO nuggets.


Kira lama jugalah cawan plastik ni. Mungkin bebudak lahir tahun 80-an dapat melihat cawan ni dulu. Ni beli dengan kawan. Tak mahal sangat, 3 biji RM 10.00.


Ni pula apron MILO. Asal MILO saja aku sebat. Ini pun aku beli melalui Facebook. Tak mahal jugalah, RM 15.00 sahaja siap dengan pos.


Cawan plastik MILO ni aku dah ada. Mak sedara aku yang bagi. Tapi yang ni aku beli lagi, pasal yang dulu takde penutupnya. Kalau tak silap, cawan ni keluaran 80-an @ 90-an.





Keempat-empat patung MILO ni pula dikeluarkan dalam 3,4, bulan yang lepas. Cara dapatkannya ialah menebus dengan mengumpul bar code MILO. Dulu aku dapat tebus 2 patung je, yang 2 lagi aku beli melalui Facebook.

Tuesday, June 24, 2014

BEKAS AIS MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dah lama bersunyi pasal MILO ni.. Tapi di dalam hati, mengumpul koleksi MILO masih lagi tersemat. Baru-baru ni, MILO 'buat hal' lagi. Tapi kali ni, tidaklah terlalu mahal harganya untuk mendapatkan produk percumanya.

Nak kata produk percuma tak boleh juga, pasal kena beli produk MILO baru boleh dapatkan produk tu. 

Kisahnya, aku baru mendapatkan sebuah produk MILO iaitu Bekas Ais MILO. Memang menarik potongan rupa parasnya. Apabila rakan-rakan pengumpul produk MILO letakkan gambarnya di Facebook, mulalah 'menjajau' aku mencarinya.

Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Di AEON tiada, di Family Store tiada, di Mydin tiadas, di kedai-kedai biasa pun tiada. Akhirnya jumpa juga di pasaraya Giant. Tanpa memikir panjang, aku belilah satu.




Amacam, menarik tak? Sekali nampak dah macam tong pengangkut simen. Tapi sebenarnya, bukan hanya ia tertera gambar MILO, dibelakangnya pula ada gambar NESCAFE. Almaklumlah, MILO dan NESCAFE kan adik beradik dalam produk NESTLE.





Untuk mendapatkan Bekas Ais MILO ni, aku perlu beli 3 pek minuman MILO 3 in 1 atau NESCAFE 3 in 1. Harganya untuk 3 pek tu kira-kira RM 27.00 sahaja. Balik rumah puas jugalah aku dan anak-anak minum MILO



Monday, August 5, 2013

MILO MENJELANG RAYA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Apabila tiba musim perayaan Hari Raya Aidilfitri sepertimana pada tahun-tahun yang lepas, MILO sekali lagi mengaktifkan keluaran barangan percuma dengan pembelian produk MILO untuk orang-orang macam aku yang suka mengumpul baranagn MILO.

Tapi barangan percuma MILO yang keluar pada tahun ini tidaklah sehebat tahun lepas. Kalau tahun lepas, memang terlalu banyak keluaran barangan MILO pada musim perayaan Hari Raya, sehinggakan duitpun banyak keluar untuk membeli MILO.

Pada tahun ni, ada juga beberapa barangan MILO yang dikeluarkan iaitu sebuah jug plastik MILO dan bekas makanan MILO. Namun, barangan tersebut bukanlah aku beli, cuma aku bertukar barangan dengan seorang collector. Kiranya ini ialah win-win situation. Aku bagi dia barangan MILO yang aku ada (lebihan yang sama), dan diapun beri barangan MILO yang dia ada. Hanya yang dikeluarkan ialah wang untuk pengeposan.

Dah jom layan je gambarnya...

Bekas makanan MILO

Jug MILO

Boleh buat guna masa Hari Raya.. :)

Wednesday, December 5, 2012

BERSIARAN BERSAMA KOLEKSI MILO TERBARU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Nak bercerita pasal Milo ni, kalau betul-betul memang tak habis ceritanya. Bab kumpul mengumpul ni, selagi ada barang Milo di pasaran yang agak pelik-pelik, lama, terbaru di pasaran, yang murah-murah, sudah pasti saya akan cuba mendapatkannya.
 
Kali ini beberapa lagi barangan Milo yang berjaya saya 'rembat', seperti biasa ada merupakan keluaran terbaru dan ada yang saya beli melalui dalam talian. Kali ini saya tidak membeli di Mudah[dot]My sebaliknya saya membeli di Facebook melalui kumpulan NesCafe / Milo.
 
Jom layan saja koleksi Milo terbaru saya ni...
 

 


 

 

Thursday, July 12, 2012

HAIYAAA... MILO PUNYA CAWAN KOPITIAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada malam semalam saya telah pergi ke rumah seorang kakitangan saya. Erm.. kiranya kawan-kawan jugalah. Saya pergi ke rumah dia kerana dia ada mengatakan dia ada cawan kopitiam Milo. Saya pun apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya pergilah ke rumah dia.

Datang rumah dia, apa lagi, bukan cawan kopitiam Milo yang di tunjukkan dulu. Dia tunjukkan beberapa koleksi peribadi dia. Rupa-rupanya dia ni seorang pengumpul juga. Barang dia pula lagi dahsyat..., bukan murah-murah, mahal-mahal lagi. Daripada koleksi seluar Levi's tahun 80-an hinggalah baju-baju yang berusia puluhan tahun dahulu yang diperbuat dari Amerika yang harganya menjangkau ribuan ringgit, serta koleksi produk rokok Camel.

Selepas menunjukan koleksinya, barulah dia mengeluarkan 3 buah cawan kopitiam Milo. Erm.. Cawan jenis ini memang saya biasa terpandang di dalam internet. Orang yang menjualnya pun mahal-mahal harga diletakknya. Syukurlah saya dapat membelinya dengan harga yang berpatutan.

Apa yang menariknya cawan kopitiam Milo ini ialah bukan sahaja terdapat logo Milo malahan disebelahnya juga terdapat logo Nescafe. Erm.. memang padanlah tu, Milo dan Nescafe memang adik beradik yang emaknya bernama Nestle.

Cakap banyak tak guna, tikam tak kena, layan sajalah gambar cawan kopitiam Milo ini. sayang sekali hanya ada cawannya sahaja, piringnya tiada. Erm.. terpaksalah memburu piringnya pula nanti.

Cawan Milo tiga serangkai

Nampak tu.., siap ada nama Nescafe disebelahnya

Tuesday, June 26, 2012

BEG TANGAN MILO LAH PULA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama juga tak mencari-cari barangan Milo disebabkan kesibukan menguruskan anak yang baru lahir. Sebenarnya sebelum kelahiran Ainnur Afiah, saya ada membeli sebuah beg tangan Milo. Bukan beg tangan macam perempuan pakai tu, beg tangan ini maknanya beg kecil yang boleh dililitkan di pergelangan tangan kita di mana ianya sesuai digunakan oleh ahli sukan semasa melakukan aktiviti sukan seperti berjoging dan sebagainya.

Amat sesuailah produk ini dikeluarkan oleh Milo kerana Milo sememang menyokong pertumbuhan sukan di dalam negara kita ini. Tapi rasanya saya tidak menggunakannya, simpan sajalah.. :)

Comel saja beg ini

Ada logo Milo yang mahalnya tu...

Ha! Beginilah cara memakainya

Friday, May 25, 2012

APA SAHAJA, ASALKAN MILO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya macam sudah lama tidak membeli koleksi barangan Milo. Iyalah, sekarang kena bajet-bajet sedikit belanjanya. Al-maklumlah, bakal terima orang baru di dalam rumah dalam bulan Jun akan datang.

Pada kali ini, tidak banyak barangan Milo yang hendak dipaparkan. Ada 4 barang baru dan 2 daripadanya hanyalah bekas Milo biasa yang satu hari nanti mungkin berfungsi sebagai prop untuk mempamerkan koleksi barangan Milo di dalam "display cabinet".

Apa kata, layan saja koleksi Milo yang baru saya perolehi ini.


Kotak Tisu Milo

Cawan Bola Milo

Bekas Ais Krim Milo

Satu Lagi Bekas Ais Krim Milo

Sunday, March 25, 2012

MEMBORONG MILO





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini bukanlah cerita pasal memborong air Milo, tetapi cerita pasal saya membeli koleksi-koleksi Milo berupa gelas dan piring Milo yang baru saya perolehi pada 24 Mac 2012 melalui pembelian di Mudah.My. Ini sudah beberapa kali saya membeli koleksi Milo melalui Mudah.My dan nyatalah ia boleh dipercayai.

Sekiranya ada yang tertinggal membaca / melihat entri saya berkenaan KOLEKSI MILO, bolehlah klik pautan di bawah ini :

Sebenarnya, minat untuk mengumpul koleksi barangan Milo bermula daripada saya memperolehi dua buah Van Mini Milo yang saya tebus setelah mengumpul kod bar barangan Milo, kira-kira pada akhir tahun lepas. Di tambah pula dengan rakan bloggers yang saya kenal melalui dunia blog iaitu http://spallanpunya.blogspot.com/ dan http://hobby-collection.blogspot.com/ maka bertambahlah minat saya dalam bidang kumpul mengumpul ini.

Saya pasti, diluar sana masih ramai otai-otai yang lagi hebat koleksinya. Saya ini apalah, baru setahun jagung mengumpul, koleksi pun tak banyak lagi. Lagi pula masih banyak koleksi-koleksi Milo yang terlepas dan mungkin tidak terkejar. Namun, sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan kembali koleksi-koleksi Milo yang lepas-lepas, tetapi kenalah juga tengok pada bajetnya juga.

Erm.. Taknak cakap banyak, layan sajalah koleksi-koleksi Milo terbaru yang saya perolehi.