Showing posts with label kamera. Show all posts
Showing posts with label kamera. Show all posts

Friday, November 9, 2012

I'M NOT A PHOTOGRAPHER


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya bukanlah seorang jurukamera handalan, apatah lagi mempunyai kamera yang canggih manggih. Namun saya mempunyai minat dalam bidang menangkap gambar. 

SILA KLIK DI SINI


Namun apakan daya, kamera Olympus cokia saya  sudah rosak, sekarang hendak ambil gambar pun sudah tidak boleh. Mengharapkan kamera telefon bimbit isteri saya sahaja.

Entah bila mahu beli kamera yang baru di masa pelbagai keperluan kewangan hendak digunakan, dengan kereta yang kemek untuk diperbaiki, adik bongsu yang hendak berkahwin dengan orang utara (Perlis), dengan perancangan percutian ke Langkawi. 

Huh.. Ada yang sudi hadiahkan kamera?? :)

Wednesday, June 6, 2012

BERMAIN-MAIN BERSAMA VITAGEN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ni minat dengan seni fotografi, tapi masih lagi belajar-belajar. Kamera pun hanya kamera cabuk saja. Tak mahu banyak cerita, layan sajalah hasil yang tidak seberapa ini. Bermain-main dengan botol vitagen.. :)

















---> Ps : Di rumah saya banyak botol Vitagen. Ada siapa mahu beli botol kosong? :)

Thursday, November 24, 2011

# 09 LENSA KAMERA CABUK - LANGIT BIRU AWAN BERARAK






Jangan Diratap Gigi Yang Rongak,
Tiada Sakit Tiadalah Rasa,
Sesekali Perlu Kita Mendongak,
Melihat Langit Ciptaan Yang Kuasa.

Tuesday, November 15, 2011

# 07 LENSA KAMERA CABUK - BALAI SENI LUKIS MELAKA





Seni Mengalir Dalam Darah,
Darah Merah Pekat Belaka,
Kalau Tuan Ke Rumah Merah,
Singgah Sebentar Ke Balai Seni Lukis Melaka.

Friday, November 4, 2011

# 10 WORDLESS (WARTAWAN KENA TANGKAP)





Sibuk tangkap gambar hingga tak perasan diri di tangkap. Maaf ye encik wartawan... :)

Wednesday, November 2, 2011

# 01 LENSA KAMERA CABUK - RUMAH MELAYU MELAKA




Mengempu Keris Di Bawah Rumah,
Keris Diempu Keris Pekaka,
Rumah Bukan Sebarang Rumah,
Inilah Rumah Melayu Melaka.