Showing posts with label gambar fasha sanda. Show all posts
Showing posts with label gambar fasha sanda. Show all posts

Monday, January 17, 2011

KENALI FASHA SANDHA


Fasha Sandha, Seksi ke?

Cutenye.. :)

Aiseyman.. Malulah macamni Fasha... Lain kali jangan buat lagi ok?

Cantik lagi kalau Fasha betudung kan?

Sumber gambar : Pakcik Google

Sedikit maklumat Fasha Sandha :

Fasha Sandha (lahir 28 Mac 1984; nama penuh: Nur Fasha Sandha bt Hassan) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau boleh dikatakan seorang pelakon yang kerap membawa watak "wanita malang" dan kebanyakan genre atau watak yang dibawa oleh Fasha banyak kepada watak yang berat.

Dilahirkan di Johor Bahru, Fasha dibesarkan di utara Semenanjung Malaysia sewaktu keluarganya berpindah ke Pulau Pinang, dan kemudian ke Perlis. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik. Beliau mula dikenali pada tahun 2002 ketika beliau melibatkan diri dalam bidang pengiklanan dan dunia peragawati. Di samping terlibat dalam bidang sambilan ini, beliau juga menuntut di Institut Kebudayaan Belia Negara dan berjaya mendapat diploma. Antara syarikat korporat yang mendapatkan perkhidmatan Fasha termasuklah Maxis, Nokia, Fair & Lovely dan Sunsilk (versi Indonesia).

Sedikit nasihat :

Kepada Fasha Sandha, hentikanlah berpakaian menjolok mata dan yang seksi-seksi. Sekali kita salah, sampai bila orang ingat dan berkata.

Kepada masyarakat pulak, hentikanlah segala tohmahan yang dilemparkan kepada Fasha Sandha, dia dah minta maaf pun pasal kes di Bali tu. Kesian dia.. Dahlah cute, banyak gosip pulak tu.. :)

Antara Filem yang dibintanginya :

Black Maria
Bintang Hati
Berlari Ke Langit
SH3
Anak Mami Kembali
Gong
Bujang Senang
Nana Tanjung
Cinta
Cicak-Man
Cicak-Man 2 (Planet Hitam)
Badai Pasti Berlalu
Skrip 7707
Anak Halal
Evolusi KL Drift
Nana Tanjung 2
4 Madu

Antara anugerah yang diterima :

- Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005

- Pelakon TV Wanita Popular & Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006

- Pelakon TV Wanita Popular & Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007

Sumber : Wikipedia