Showing posts with label gadis peugeot. Show all posts
Showing posts with label gadis peugeot. Show all posts

Wednesday, July 16, 2014

GADIS PEUGEOT 208


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kesalahan diri kita sendiri mungkin tidak dirakam oleh insan lain untuk dijadikan 'bahan' kejian, makian, gelakan, kutukan untuk seantero dunia. Tetapi kita perlu ingat, kesalahan kita yang tidak dirakam di dunia telah 'dirakam' oleh Allah S.W.T untuk dipertontonkan di hari penghisapan kelak.

Aku bukanlah mahu mempertahankan perbuatan Gadis Peugeot 208 yang sedang hangat diperkatakan sekarang, tetapi sekadar mengingatkan kepada semua. Tapi terpulanglah sama ada mahu menerima sedikit nasihat dari aku yang tak seberapa ni.

Kesalahan adalah tetap kesalahan. Sekiranya Gadis Peugeot itu bersalah dan berdosa lalu dia memohon maaf kepada warga tua yang melanggarnya itu maka dosanya akan diampunkan. Tapi bagaimana pula dosa-dosa setiap pengguna Facebook, Blog dan laman sosial yang lain yang turut sama menambah dosa dengan memaki, mengherdik, memalukan Gadis Peugeot 208 itu.

Janganlah disebabkan kerana kesalahan Gadis Peugeot 208 kita turut terbabit sama dengan melakukan kesalahan.

Apa-apapun, semoga Gadis Peugeot 208 itu sedar akan kesilapannya dan segera menginsafi diri.