Showing posts with label cara mengesan kod html. Show all posts
Showing posts with label cara mengesan kod html. Show all posts

Friday, April 29, 2011

CARA MENGESAN TEKS BAGI KOD HTML

Pernah tak korang copy paste artikal, gambar dan sebagainya dari blog atau website lain? Kalau pernah kita mesti berhati-hati kerana anda mungkin ter "copy" sesuatu yang mungkin kita tidak mahukan. Ini pernah terjadi sendiri pada aku.

Aku menyiarkan iklan nuffang dan syarat Nuffnang sekiranya kita hendak kekalkan status "glitterati" kita perlu setia bersama Nuffnang dan tidak boleh menyiarkan iklan dari pesaing Nuffnang. dengan tidak disengajakan, aku telah ter "copy" satu iklan daripada pesaing Nuffnang dan dengan sekelip mata, status "glitterati" aku telah ditarik semula. Aku mula confius dan terus berbalas mesej dengan Nuffnang.

Nuffnang mengatakan yang aku telah join iklan dari pesaing Nuffnang, oleh itu status "glitterati" aku ditarik. Aku balas, aku tak pernah join mana-mana company iklan selain Nuffnang. Then dia beritahu aku mungkin telah ter "copy" kod html pesaing dia semasa membuat "copy" dari mana-mana artikel.

Aku terus confius dan mencari-cari iklan tersebut. Memang tak jumpa. Last-last Nuffnang ajar aku cara untuk mengesan perkataan tersebut (nama syarikat iklan pesaing Nuffnang) seperti mana yang aku terangkan di bawah ini. Selepas sudah jumpa kod html tersebut, aku tersu delete. Dalam 2 - 3 hari status "glitterati" aku telah dikembalikan semula. :)

Buka paparan blog anda

Kemudian tekan CTRL dan huruf "U" di papan kekunci

Kemudian akan keluar paparan kod HTML seperti ini

Kemudian pilih "find'

Taip perkataan yang ingin dicari

Kemudian perkataan yang anda cari akan di "highlight" kan