Showing posts with label apple. Show all posts
Showing posts with label apple. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

PERCAYAKAH ANDA BAHAWA SAMSUNG TELAH MEMBAYAR APPLE SEBANYAK RM 3.25 BILION DENGAN MENGGUNAKAN WANG SYILING???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Baru-baru ini kita dapat mendengar berita sahih yang menyatakan bahawa syarikat Samsung telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar lebih RM 3 Bilion kepada syarikat Apple kerana mereka dikatakan telah meniru hak cipta.

Berita di atas memang telah ramai percayai kerana adanya sumber-sumber yang benar yang menyokong. Namun, baru-baru ini juga terdapatnya gambar yang mendakwa syarikat Samsung telah membayar saman tersebut dengan menggunakan wang syiling. Gambar-gambar ini tersebar luas di internet di blog-blog dan juga facebook.

Saya secara peribadi masih lagi belum mampu menerima perkhabaran ini kerana ia amat meragukan.  

Sumber gambar : http://ohduniaku.com/
Jika diteliti betul-betul, gambar ini seperti di dalam kilang dan lelaki yang sedang bertugas seperti di dalam kilang. Ada mustahil bagi diri saya untuk mempercayai bahawa gambar ini merupakan yang mendakwa syarikat Samsung telah membayar saman tersebut dengan menggunakan wang syiling.

Persoalan dari saya, adakah anda mempercayainya?

Monday, October 10, 2011

SEORANG MENINGGAL BERJUTA MENANGIS. BERJUTA MENINGGAL TIADA SIAPA MENANGIS






Memang sudah lumrah warga dunia sekarang suka mengagung-agungkan seseorang. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu adalah orang yang terkenal. Tidak pastilah sama ada itu dipanggil membodek ataupun sebaliknya.

Berkisar kepada kematian pengasas Apple, Steve Jobs yang meninggal dunia baru-baru ini. Seluruh dunia berasa dukacita, sedih dan berasa kehilangan yang besar pada dunia perkomputeran. Memang benar ia banyak berjasa kepada pembentukan Apple tetapi sebenarnya ada beberapa kematian yang kita lupa untuk ditangisi dan didukacitakan.

Lihat sahajalah di Somalia. Kanak-kanak mati bergelempangan tanpa ada pertolongan dari warga dunia. Iya.. Memang ada, tetapi ia tidak mampu mengubah kehidupan mereka. Andaikata ramai warga dunia yang sedar, pastinya ramai yang menolong dan pastinya juga rakyat Somalia dapat diberi pertolongan sewajarnya dari dibiarkan mati begitu saja.

Kadang-kadang terfikir juga, mengapa mereka-mereka yang kaya raya ini tidak mendermakan saja harta mereka kepada golongan yang memerlukan. Duit bukan boleh dibawa ke kubur. Contohnya Steve Jobs, adakah kekayaannya membolehkan dia berbelanja di alam kubur? Pastinya tidak bukan. Berjuta-juta duitnya ditinggalkan di dunia tanpa sempat dia menghabiskan duitnya.

Bukanlah bermaksud untuk menjatuhkan Steve Jobs, tetapi ia hanyalah sebagai contoh kepada mereka-mereka yang kaya raya di luar sana yang sedikit sukar untuk mengeluarkan duit kepada kebajikan orang ramai yang memerlukan.