Showing posts with label alat tulis. Show all posts
Showing posts with label alat tulis. Show all posts

Sunday, November 3, 2013

KEMBALI KE SEKOLAH BERSAMA MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Jangan beli sekali, memang teruslah merebak semula. Itulah aku!! Ada duit terlebih sedikit, aku membeli belah barangan MILO. Baru-baru ni baru saja membeli MILO juga, boleh tengok di >> SINI <<.

Kali ni aku membeli satu set alat tulis MILO yang dijual oleh member secara online di Facebook. Benda pun murah-murah saja, aku belilah satu set, namun aku terima 2 set. Dia memang biasa beri free gift kat aku. Dulu barangan COKE juga dia yang beri percuma. 




Ha.. Inilah alatan MILO yang aku beli tu. Macam-macam ada. Dari lopak pensil, pensil, pemadam, pengasah, pembaris dan penyepit. Yang penting semua kena ada cap MILO. Hehehe..




Yang lebih satu ni, ingat nak beri kepada anak aku untuk dibawa ke sekolah. Peratusan kemungkinan untuk beberapa barang akan hilang adalah tinggi, tapi tak mengapalah. Bukan selalu nak manjakan anak dengan barangan MILO.

Monday, September 3, 2012

4 EKOR DORAEMON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebut saja Doraemon, bukan sahaja kanak-kanak yang menyukainya, bapa-bapa budak pun ada yang menyukainya. Tidak dinafikan, dahulu masa zaman budak-budak saya memang gemar menonton Doraemon. Sudak masuk ke zaman budak budak-budak ini, saya juga menyukai Doraemon. Bukan dari aspek menonton cerita, tetapi mengumpul koleksi permainan. Tidak kiralah apa-apa karektor sekalipun.
 
Figura Doraemon yang saya dapat kali ini ialah dari Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC). Kegilaan untuk mengumpul figura karektor kartun bermula sejak saya mengumpul figura Upin dan Ipin. Namun malangnya saya tidak dapat mengumpul kesemua figura ini, hanya kekurangan satu unit untuk melengkapkan koleksi.
 
Selepas keluaran figura Upin dan Ipin, KFC mengeluarkan pula figura Spiderman. Sama dengan figura Upin dan Ipin, figura Spiderman juga mempunyai 4 unit figura yang amat menarik.
 
Dan kali ini saya dapat memperolehi 4 unit figura Doraemon yang agak comel. Sebenarnya ia lebih kepada alatan tulis bagi kanak-kanak di mana setiap figura ini ada berfungsi dan menyimpan alatan tulis seperti krayon, pembaris, protektor dan sebagainya.
 
Jom, layan saya koleksi Doraemon ini...





Wednesday, February 22, 2012

MILO DATANG LAGI





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Milo datang lagi, yeaahhh..! Kali ini saya telah membeli alatan tulis MILO yang saya belinya dari Mudah.my. Sebenarnya dalam bulan lepas rasanya saya membelinya, tetapi baru sekarang berpeluang untuk dipaparkan di dalam blog ini.

Jadi, tidak mahu cakap banyak, layan sajalah gambar koleksi alat tulis MILO yang baru saya miliki ini. Layaaaaannn...

Pensil Warna MILO

Krayon MILO

Alat Tulis MILO (pembaris, pemadam dan pensil)