Showing posts with label Kentucky Fried Chicken. Show all posts
Showing posts with label Kentucky Fried Chicken. Show all posts

Monday, September 3, 2012

4 EKOR DORAEMON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebut saja Doraemon, bukan sahaja kanak-kanak yang menyukainya, bapa-bapa budak pun ada yang menyukainya. Tidak dinafikan, dahulu masa zaman budak-budak saya memang gemar menonton Doraemon. Sudak masuk ke zaman budak budak-budak ini, saya juga menyukai Doraemon. Bukan dari aspek menonton cerita, tetapi mengumpul koleksi permainan. Tidak kiralah apa-apa karektor sekalipun.
 
Figura Doraemon yang saya dapat kali ini ialah dari Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC). Kegilaan untuk mengumpul figura karektor kartun bermula sejak saya mengumpul figura Upin dan Ipin. Namun malangnya saya tidak dapat mengumpul kesemua figura ini, hanya kekurangan satu unit untuk melengkapkan koleksi.
 
Selepas keluaran figura Upin dan Ipin, KFC mengeluarkan pula figura Spiderman. Sama dengan figura Upin dan Ipin, figura Spiderman juga mempunyai 4 unit figura yang amat menarik.
 
Dan kali ini saya dapat memperolehi 4 unit figura Doraemon yang agak comel. Sebenarnya ia lebih kepada alatan tulis bagi kanak-kanak di mana setiap figura ini ada berfungsi dan menyimpan alatan tulis seperti krayon, pembaris, protektor dan sebagainya.
 
Jom, layan saya koleksi Doraemon ini...





Sunday, June 10, 2012

MENCARI UPIN


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Serius saya sedang mencari Upin iaitu pasangannya Ipin. Puas saya pergi dua, tiga buah restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) namun mereka mengatakan ianya tiada, telah kehabisan stok atau tarikh keluarannya sudah lepas.

Aduh... Takkan tiada "spare" langsung. Saya siap beritahu pada pelayan KFC tersebut, "kalau awak ada, jual ikut pintu belakang pun tak mengapa, saya beli." Tapi malangnya, memang tiada katanya.

Sekali terpandang Upin yang dicari di dalam peti pameran KFC, macam mahu minta dijualnya saja Upin di dalam peti kaca tu. Erm... Takpelah, mungkin tiada rezeki, lepas ni terpaksalah cari secara pembelian online sekiranya ada yang menjualnya. Tak lengkap rasanya kalau tiada Upin.

Upin dan Ipin berbaju jersi Harimau Malaya

Ipin keseorangan. Kemanalah Upin...?

Tidak lengkap tanpa Upin

Sepatutnya ada 4 orang macam ni... Sayangnya Upin (atas kiri) tiada

Dapatkannya di KFC...

Muhammad Fahim bersama Upin dan Ipin