Monday, January 23, 2017

EXPERIENCE TO DISCOVER MELAKA MUSEUM

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Experience To Discover Melaka Museum... Inilah tagline baharu yang diperkenalkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bagi tahun 2017 untuk menarik lebih ramai pengunjung ke muzium.

Antara salah satu muzium yang wajib dilawati di Melaka ialah Muzium Istana Kesultanan Melaka. Lihat gambar-gambar di bawah ini, kebiasaannya pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan Balairong Seri, namun untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik, kami membukanya dan membenarkan pelawat memasuki kawasan tersebut pada masa-masa tertentu. 

Jadi, kebiasaannya para pelawat hanya mengambil gambar balairong Seri dari luar kawasan dibenarkan, namun kini ia boleh dimasuk dan pelawat boleh bergambar di ruang tersebut.

Jom le melawat muzium...









P/s : Jangan ditanya mengapa tagline dibuat dalam Bahasa Inggeris.

4 comments:

  1. kenapa tagline dibuat dlm Bahasa Inggeris ? kenapa tak boleh tanya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab saya tak terlibat dalam cadangan penggunaan tagline tersebut. Tahu-tahu saja sudah ada.

      Delete
  2. 1) enapa tagline tak di buat dalam BM?

    2) "namun untuk memberikan pengalaman yang lebih menarik, kami membukanya dan membenarkan pelawat memasuki kawasan tersebut pada masa-masa tertentu." Yang dimaksudkan masa tertentu tu bila tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Sebab saya tak terlibat dalam cadangan penggunaan tagline tersebut. Tahu-tahu saja sudah ada.

      2) Boleh mohon kebenaran dengan kakitangan bertugas untuk masuk. Kalau tidak dikawal, habislah bahan-bahan pameran disitu "dikerjakan.."

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...