Wednesday, June 8, 2016

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN 1437 HIJRAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dagang Pak Malau dagang berlipat,
dagang hamba mahu berteman,
3 hari dah puasa macam dah lewat,
saja nak ucap Salam Ramadhan.


==================
PUASA YANG SIA-SIA (hanya dapat lapar dan dahaga)
==================

Rasullullah S.A.W. bersabda :

"Berapa banyak orang BERPUASA yang tidak mendapat apa-apa KECUALI LAPAR dan DAHAGA saja." (HR. Ibnu Majah) dan Syaikh Albani berkata :

Bagaimana  yang dikatakan puasa yang SIA-SIA itu?

1. Tidak SOLAT fardhu.

2. Mendedahkan AURAT.

3. Tidak menjaga MATA - elakkan menonton televisyen kerana pasti akan terlihat pelakon atau model iklan yang mendedahkan aurat.

4. Tidak menjaga LIDAH - mengumpat, bercakap bohong, menyebar fitnah.

5. Tidak menjaga TELINGA - mendengar perbualan orang yang sedang mengumpat.

6. Menyakiti hati IBU BAPA.

7. Melakukan MAKSIAT.

Justeru.., sama-samalah kita menjaga puasa masing-masing agar ia tidak menjadi puasa yang sia-sia.

4 comments:

  1. Salam Ramadhan buat tuan tanah & keluarga,
    moga Ramadhan ini memberi lebih keberkatan dan dpt sama2 tingkatkan amal ibadah..amin..amin

    ReplyDelete
  2. Salam ramadhan dan selamat berpuasa :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.