Friday, May 20, 2016

TINGGALAN SEJARAH DI PULAU UPEH, MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Liha De Pedras.. Inilah nama yang diberikan oleh orang Portugis kepada Pulau Upeh. Liha De Pedras adalah bermaksud Pulau Berbatu. Mungkin kerana terdapat banyak batu-batu laterit di pulau tersebut maka nama itu diberikan kepada Pulau Upeh.

Pulau Upeh (Liha De Pedras)


Pulau Upeh tidaklah sehebat pulau-pulau lain di Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor dan yang lain-lainnya. Namun, pulau ini menyimpan seribu satu sejarah bagi negeri Melaka sejak lebih 500 tahun yang lalu.

Pernah suatu ketika dahulu pulau ini dimajukan dengan adanya chalet-chalet untuk penginapan para pelancong, namun kini chalet-chalet tersebut tidak lagi dibangunkan dan terbiar usang.

Chalet yang terbiar usang

Bangunan utama chalet yang tidak lagi dimajukan

Dijemput untuk bersama-sama mengadakan lawatan kerja ke Pulau Upeh amat menerujakan kerana umurku sudah 35 tahun, tapi inilah kali pertama aku ke Pulau Upeh. Keterujuaan aku nak ke Pulau Upeh kerana aku tahu di sana terdapat tinggalan sejarah yang amat besarnya pada negeri Melaka.

Untuk ke Pulau Upeh, aku menaiki bot di Jeti Nelayan Klebang, Melaka. Laluan masuk ke jeti ini melalui jalan taman perumahan bersebelah Masjid Klebang Besar, Melaka. Aku sendiri sebenarnya tidak tahu adanya jeti di situ, mujur aku bertanya pada seorang petugas di stesyen minyak Petron, dan dia menunjukkan jalannya.

Gambar di Jeti Nelayan Klebang

Perjalanan dari jeti ke pulau tidaklah jauh sangat. Hanya memakan masa 5 minit sahaja. Aku ingatkan lama sangatlah, rupa-rupanya sekejab saja. Sempat juga aku bertanya tambangnya, hanya RM 25.00 seorang pergi dan balik ke Pulau Upeh. Kalau nak memancing di laut pula, bayaran RM 450.00 dikenakan untuk sebuah bot. 

Menuju ke Pulau Upeh

Pulau Upeh adalah tempat di mana batu-batu laterit diambil untuk membina Kota A' Famosa (Fortaleza De Malacca) yang didirikan oleh orang Portugis semasa penjajahannya di Melaka pada tahun 1511. Terdapat banyak kesan-kesan tinggalan pengambilan batu-batu laterit di pulau itu yang dapat dilihat. Selama ini aku hanya dapat melihatnya melalui gambar sahaja, kini aku dapat lihatnya dengan lebih dekat lagi.

Antara kesan-kesan tinggalannya adalah seperti gambar di bawah. Kalau dilihat, memang nampak cantik saja kesan ketukan / pahatan pada batu-batu laterit ini. Aku dapat gambarkan bahawa betapa jerih dan peritnya buruh-buruh paksa tempatan yang dipaksa untuk mengetuk / memahat batu-batu ini kemudian dibawa ke daratan untuk membina Kota A' Famosa. 













Kini Kota A' Famosa  tiada lagi, yang tinggal hanya pintu gerbang Santiago (Porta De Santiago) akibat dimusnahkan oleh British oleh William Farquhar (residen British di Melaka) pada tahun 1807. Namun, Sir Stamford Raffles dan Lord Minto menghalang pemusnahan kota itu, malangnya ia telah berlaku, hanya pintu gerbang Santiago sahaja yang dapat diselamatkan dan dapat dilihat sehingga kini.

Sempat juga aku merayau-rayau di pulau ini. Boleh dikatakan satu pulau aku berpusing kerana pulau ini tidaklah besar. Dalam memerhati persekitaran pulau ini, aku dapat melihat dua buah kubur yang aku tidak pasti sangat sejarahnya iaitu kubur Datuk Agus dan kubur Datok Panglima Lam Ma Yong Sakti.

Batu nisan Datuk Agus

Batu nisan Datok Panglima Lam Ma Yong Sakti

Aku ke pulau Upeh ni dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Kiranya banyak juga kawasan yang aku dapat terokai. Nasib baiklah ini adalah lawatan kerja, kalaulah dengan kawan-kawan, mahunya aku bawa batang pancing. Nampak macam banyak saja ikan-ikan di sana. 

Mungkin satu hari nanti aku ke sana lagi, tapi kali ini untuk memancing. Huh, sudah lama sangat tak memancing.

9 comments:

  1. pulau ni memang tak ada orang datang atau tinggal eh En Fairus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pulau Upeh ni memang tak berpenghuni.. Cuma nelayan saja yang datang mungkin untuk berehat dan orang yang datang memancing ikan.

      Delete
  2. Ya Allah..sy yg mertua org Melaka ni baru jg tau kewujudan Pulau Upeh ni.. huhu.. sayang nya kan ..nampak terbiar je challet2 tu.. kalau dibangun kan mgkin boleh juga mengundang pelancong...
    dah tau kewujudan pulau ni, teringin plak nak ke sana jg...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Sebab pulau ni tak popular mana ada nak tahu..

      Delete
    2. ohh takde penghuni ye Pulau ni? mgkin sebab tu orang tak berapa nak kesana kan..belum di majukan..

      Delete
  3. ni pulau kalau lalu kat jalan klebang baru tepi pantai tu ke
    memang nampak pulau tapi tak tau nama apa hahaha. nama je orang melaka kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah boleh berenang saja ke pulau ni.

      Delete
  4. cantik. dahulu nya Tan sri rahim yang mengusahakan pulau upeh ni kalau tidak silap saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tambak laut dah nak sampai Pulau Upeh.. Berenang pun sampai rasanya.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...