Tuesday, January 12, 2016

BERCINTA DI SEKOLAH!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alkisahnya, malam hari tu, aku buka beg sekolah anakku ,Muhammad Fahim untuk menyemak samaada ada kerja sekolah atau tidak. Semak punya semak, ternampaklah sekeping kertas yang tertulis seperti di bawah.


Huh!! Dahsyat juga anak aku ni. Baru beberapa hari masuk ke darjah 2, sudah ada yang minat pada dia. Budak perempuan sekarang pun begitu berani. Berani meluahkan perasaan, tapi tak pasti dia betul-betul faham atau tidak apa yang dituliskan itu.

Dengan segera aku bertanya pada dia untuk mendapatkan penjelasan. Dia kata, dia pun tak tahu kertas tu ada dalam begnya. Tetiba saja ada, katanya lagi.

Aku sudah brainwash dia awal-awal. Kalau nak berkawan boleh, tapi jangan nak bercinta dalam sekolah. Perlu belajar dulu sampai berjaya baru boleh ada makwe.

24 comments:

  1. pergh dahsyattt.. mesti hensem anak ni. hahaha

    ReplyDelete
  2. haha hebat anak ayah ni ye..dah ada peminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tumpahnya kuah kalau tak di nasi.. Hwehehe

      Delete
  3. hahhahaha *sy suka awk* perghh ayat budak+ sekarang power sudah!

    ReplyDelete
  4. singgah sini lagi..lamanya x update :)

    ReplyDelete
  5. kehkehkeh... biasa la tu bang. Budak-budak.. tak reti lagi. Jangan bagi tengok drama pukul 7 banyak sangat la tapinye. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Ye kot.. Tapi anak saya tengok kartun je..

      Delete
  6. Anak kedua saya pun sama, bila tanya barang apa dalam beg adik ni? Dia jawab, ntah tak tahu.. tiba2 je ada atau ada masa dia bg jawapan kawan dia yang masukkan.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Alalala….

    dulu pon buat kan? ngaku le! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Bapaknya dulu takdelah masa darjah 2 orang dah beri surat..

      Delete
  8. segan pula nak komen sebab dah lama tak komen, ki ki ki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan malu, jangan segan.. Saya pun dah lama tak update blog.

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...