Wednesday, September 30, 2015

PELAMIN KAYU PALLET (DO IT YOURSELF)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Minggu lepas kami bergotong royong nak menyiapkan pelamin untuk anak buah yang bakal melangsungkan majlis perkahwinannya pada pertengahan bulan Oktober ini. Aku beserta abang ipar dan anak-anak buah saling membantu untuk menghasilkan pelamin yang dibuat sendiri.

Idea untuk menghasilkan pelamin ini adalah ilham dari si bakal pengantin sendiri. Kami membuatnya dengan menggunakan kayu terpakai iaitu kayu pallet

Ini bukan lakonan semata-mata

Memang banyak jimatlah kalau buat pelamin buatan sendiri. Guna pula kayu pallet boleh dapat dekat kedai-kedai kayu yang menjual kayu terpakai. Kos untuk kayu pallet tak sampai RM10.00 seunit. Jadi dapatlah berjimat, pasal kos pelamin kalau disewa, mahal juga harganya.


Beginilah hasilnya apabila kerja-kerja pemasangan sudah dilakukan. Cuma ia belum siap 100% kerana dibelakangnya perlu lagi dihiasi dengan kain backdrop bagi menyerlahkan lagi pelamin ini.

Sebenarnya idea membuat pelamin dengan menggunakan kayu pallet bukanlah suatu yang baru, sudah ramai juga menggunakan idea ini termasuklah masa perkahwinan anak sepupu aku di Singapura baru-baru ni. 

Jadi, sesiapa yang inginkan kelainan dalam persandingannya, bolehlah menggunakan idea pelamin kayu pallet ini untuk majlis perkahwinan.

20 comments:

  1. wahhh..menarik lah pelamin guna kayu pallet ni... boleh di praktikkan di sini nti..hehe..
    jimat pun ia kan... memang kreatif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kurang budget nak kawin, boleh buat pelamin sendiri..

      Delete
    2. Ade ni.. Tak ke mana-mana. Jemput.. Jemput masuk. :)

      Delete
  2. background blog ni pon guna kayu pallet juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye uncle.. Penat saya bertukang kat blog ni..

      Delete
  3. Sangat kreatif dan cantik bentuknya. Harus dicoba nih kayaknya...

    ReplyDelete
  4. Wah bagus bagus desain nya. Harus dicoba ni dirumah...

    ReplyDelete
  5. ramai dah boleh buat sendiri kan? bukan susah pun, rajin ke idok jer..XD

    ReplyDelete
  6. Can tell me where I can buy kayu pallet atau kayu planks?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Tak ingat pulak.. Anak buah yang belikan..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.