Monday, September 28, 2015

PAMERAN SOLO KHALID REJAB : EMOSI 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PENMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Kepada peminat seni lukisan tanah air, bolehlah datang beramai-ramai untuk menyaksikan Pameran Solo Khalid Rejab bertajuk Emosi 2. Pameran ini diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 29 September - 25 Oktober 2015
Waktu lawatan : 9.00 pagi - 5.00 petang (setiap hari)
Lokasi : Bastion House, Bandar Hilir, Melaka

Sedikit maklumat mengenai pameran :

Pameran solo "Emosi 2" ditampilkan karya-karya abstrak dengan menggunakan akrilik sebagai medium utama.

EMOSI - suatu luahan perasaan yang spontan dalam masa singkat merangkumi kombinasi perasaan cinta, sedih, takut, pilu, marah dan sebagainya. Begitu juga dengan karya-karya ini, ia bebas menentukan fahaman tentang sesuatu bentuk dalam fikiran, emosi dan naluri lalu dipersembahkan di atas kanvas. 

Ia tidak menentukan aspek formaliti atau gaya konvensional, sebaliknya ia menjurus kepada emosi dan ekspresi di mana memperlihatkan perasaan pelukis dengan cara spontan. Juga sebagai satu proses kreativiti dan imiginasi.

Antara karya yang dipamerkan :







10 comments:

  1. seram jugak kan bila boleh tengok wajah emosi...!

    ReplyDelete
  2. alahhh...seronok nya lah klu sy ada kt Melaka skrg ni... suka tgk segala mcm pameran... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lepas peluang melihat pameran sebegini bila ia berada ditempat awak..

      Delete
  3. aslm.terima kasih atas war war pameran saya..jemput ke majlis perasmian pada 2.10.15 jam 3ptg.lokasi pameran.

    ReplyDelete
  4. aslm.terima kasih atas war war tersebut

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.