Thursday, September 10, 2015

ALUNAN PEPERANGAN DI ALAM MELAYU : MENYINGKAP KISAH DALAM SULALATUS SALATIN - TUN PERAK PATAHKAN SERANGAN SIAM KE ATAS MELAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

*****

Kerajaan Syahru’n Nuwi atau lebih dikenali sebagai Siam merupakan kerajaan yang besar suatu ketika dahulu. Rajanya bernama Bubunnya. Terdapat beberapa kerajaan di selatan Siam adalah di bawah takluk Paduka Bubunya.

Melaka pada ketika itu juga merupakan sebuah kerajaan yang besar di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Pernah sekali Paduka Bubunnya menghantar utusan ke Melaka menyuruh Melaka menghantar sembah ke Siam namun Sultan Muzaffar Syah enggan berbuat demikian. Hal ini telah menyebabkan Paduka Bubunnya teramat murka.

Justeru, Paduka Bubunnya telah menitahkan hulubalang baginda bernama Awi Cakri bersama-sama rakyat Siam untuk pergi memerangi Melaka. Bilangan rakyat Siam yang dapat dikumpulkan amatlah ramai hingga tidak terkira banyaknya.

Berita Siam hendak menyerang Melaka telah diketahui awal oleh Sultan Muzaffar Syah. Baginda telah menitahkan segala rakyat jelata untuk berkumpul di Melaka untuk mempertahankan negeri dari serangan Siam. Tun Perak pada ketika itu merupakan penghulu Kelang turut ke Melaka dengan membawa orang-orang Kelang, lelaki dan perempuan beserta anak-anak mereka bagi membantu Melaka menghadapi serangan Siam.

Wajah Bendahara Tun Perak dari gambaran artis

Setelah rakyat Siam menghampiri Melaka, maka berlakulah peperangan di antara kedua-dua belah pihak. Oleh kerana terlalu ramai rakyat Melaka memerangi Siam untuk mempertahankan Melaka, maka tiada upaya rakyat Siam untuk mengalahkan Melaka. Rakyat Siam pun banyak yang mati dalam pertempuran tersebut dan mana yang terselamat telah kembali berundur ke Siam.

Setelah berundurnya Siam, rakyat jelata yang mempertahankan Melaka pun kembalilah ke penempatan masing-masing kecuali Tun Perak. Sultan Muzaffar Syah amat berkenan dengan Tun Perak kerana kebijaksanaannya dan dititah baginda supaya tinggal di Melaka. Tun Perak terus dilantik sebagai bentara Melaka oleh sultan. Tidak beberapa lama kemudian, Tun Perak telah dinaikkan pangkat kepada jawatan menteri seterusnya dilantik sebagai bendahara Melaka dengan gelaran Bendahara Paduka Raja.

6 comments:

  1. Replies
    1. Tun Perak orang Melaka, cuma dijadikan penghulu di Kelang. Melaka sekarang tak macam dahulu. Empayar Melaka besar, sultan boleh meletakkan mana-mana pembesarnya ke negeri-negeri bawah empayarnya untuk dijadikan ketua..

      Delete
  2. janggut uban tu yg legend tu.... ehem!

    ReplyDelete
  3. Lama tak baca sejarah. banyak sejarah melayu yang kita tak tahu lagi.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...