Monday, August 3, 2015

BETUL KE TANDATANGAN AISHAH PADA DUIT KERTAS?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Asal barang jadi duit. Asal duit jadi duit. Begitulah orang kita, asal boleh mendatangkan nilai yang tinggi, habis diselongkar segala tabung dan simpanan duit-duit lama. Untuk apa? Untuk mencari duit kertas yang mempunyai tandatangan Aishah.

Duit kertas dengan tandatangan Aishah?

Siapa Aishah? Adakah beliau seorang Gabenor Bank Negara? Sebenarnya, tak pernah umur ada seorang Gabenor Bank Negara bernama Aishah. Jadi, persoalannya sekarang, adakah Aishah itu Gabenor Bank dari dunia Bunian?

Berikut adalah senarai Gabenor Bank Negara Malaysia :

1. Tan Sri William Howard Wilcock (1959 - 1962)

2. Tun Ismail Mohamed Ali (1962 - 1980)

3. Tan Sri Abdul Aziz Taha (1980 - 1985)

4. Tan Sri Jaffar Hussein (1985 - 1994)

5. Tan Sri Ahmad Mohd Don (1994 - 1998)

6. Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (1998 - 2000)

7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (2000 - kini)

Manakah letaknya Aishah dalam Bank Negara? Rupa-rupanya ramai yang tak tahu bahawa tandatangan yang dikatakan tandatangan Aishah itu sebenarnya tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman. 

Sekali pandang, memang nampak seperti ditulis Aishah

Memang ramai yang terkeliru dan tak ambil tahu bahawa sebenarnya tandatangan ini bukanlah tandatangan Aishah, tetapi yang sebenar-benarnya ialah tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-6 iaitu tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman.

Tapi, kenapa masih ada yang mencari-cari duit kertas tandatangan ni dan sanggup mengeluarkan nilai yang tinggi? Ada ceritanya mengapa wang kertas RM1.00 tandatangan Tan Sri Abul Hassan Sulaiman dicari, boleh baca di sini >> KLIK <<

Kenapa aku bercerita pasal duit / numismatik? Nak dijadikan cerita, sebentar tadi ada dua orang datang berjumpa nak menjual duit syiling RM 0.10 sen tahun 1973 dan 1981. 


Puas juga mencari maklumat pasal duit seposen tahun 1973 dan 1981 ni, tetapi rasanya tiada apa-apa yang menarik. Cuma yang 'menariknya' ia hitam dan nampak terlalu lama. Mungkin sudah lama tertanam di bawah tanah. 

Berbalik-balik pada 'Aishah' tadi, mungkin ramai yang berpendapat bahawa Aishah yang disebut-sebutkan adalah Permaisuri negeri Selangor (1998 - 2001) iaitu Yang Amat Mulia Permaisuri Hajah Siti Aishah binti Abdul Rahman.


Namun sebenarnya, bukanlah beliau yang menandatangani duit tersebut. 

Kesimpulannya, kalau tak tahu sila rujuk mana-mana sumber yang boleh dipercayai, banyak sumber-sumber rujukan dan pakar yang boleh dipercayai, bukannya hanya ikut sahaja apa yang orang cakap. 

23 comments:

  1. huh..saspen..ingat gabenor baru

    ReplyDelete
  2. sekarang baru tahu..
    selama ni tertanya2 ada ke aishah sain kat note duit
    rupanya tu tantangan gabenor yg ke 6..
    nampak sain skali panjang memang nama aishah :)

    ReplyDelete
  3. ermm nampak gaya mun lg teruk ni...x penah amek tau pasal siapa yg sign..hukhuk... at least dpt gak tau bila baca sini kan.. :)

    oh ye... nnt email kat mun alamat ye.. mun nak pos kad kawen :)

    siti_doraemon85@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. ermm nampak gaya mun lg teruk ni...x penah amek tau pasal siapa yg sign..hukhuk... at least dpt gak tau bila baca sini kan.. :)

    oh ye... nnt email kat mun alamat ye.. mun nak pos kad kawen :)

    siti_doraemon85@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pk moon.. terima kasih atas jemputan.

      Delete
  5. Ermm banyak info dan ilmu tentang tanda tangan dan duit dalam entri ini...terima kasih atas info berguna ini...

    ReplyDelete
  6. seriously, xpenah t'tanya2 pun! nmpk sgt la leez spesis xalert. hu3..

    ReplyDelete
  7. Sekali tengok memang nampak macam tulisan Aisyah. Dua kali tengok pun sama. Hehehe Cuma bila difikarkan sahaja baru tahu, siapa Aisyah?

    ReplyDelete
  8. Mana sumber rujukan untuk saya check?

    ReplyDelete
  9. Bismillah

    Saya ade 9 kpg

    Rm1 tandatangan AISYA

    0139778184

    ReplyDelete
  10. Kami ada jual duit lama tandatangan aishah...

    RM2
    RM5
    RM10
    RM100

    SAPA-SAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI DUIT LAMA KAMI SILA CALL KAMI DI +601125046424

    ReplyDelete
  11. Duit rm5 tandatangan aishah untuk dijual
    0196087484
    Meses klau berminat

    ReplyDelete
  12. Waie Tatoo ni tak faham cerita ke?
    Dia masih lagi percaya adanya tandatangan Aishah

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...