Tuesday, July 7, 2015

TIPS MENGECAT RUMAH DI BULAN PUASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Alkisah, hujung minggu baru-baru ini aku merajinkan diri untuk mengecat rumah emak aku. Tak banyak pun kerja-kerja mengecat, cuba mengecat 'batu botol'. Tapi apa yang mencabarnya ialah mengecat di bulan puasa dengan cuaca yang panas.


Gambar ini mendapat 60 like saja di Facebook

Nak tahu ke tips mengecat di bulan puasa? Kalau nak, aku boleh kongsikan, tapi ni bukanlah tips profesional. Tips ini aku yang buat sendiri. Nak ikut, ikut, kalau taknak ikut pun tak mengapa.

1. Baca kalimah bismillah sebelum memulakan tugasan mengecat.

2. Niat dalam hati melakukan pekerjaan ini kerana Allah SWT.

3. Mulakan kerja dengan hati yang tulus dan ikhlas.

4. Sambil mengecat, berzikir dalam hati. Kalau terasa nak menyanyi pun boleh, nyanyi lagu nasyid.

5. Pastikan muka sentiasa senyum dan jangan tension.

6. Ucaplah Alhamdulillah setelah selesai kerja mengecat.

Sekian saja tips mengecat rumah di bulan puasa. Selamat beramal.

4 comments:

  1. Hijau kuning? Wah, rumah ni ada menantu orang kedah ke? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde kena mengena dengan negeri.. Mak aku dah beli cat tu, aku datang tolong cat je.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. Heheh.. Bukan like yang dicari sebenarnya..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...