Monday, July 27, 2015

STRATEGI PERNIAGAAN YANG TIDAK HARUS DICONTOHI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Nampak orang berniaga, kita pun mahu meniaga. Rasa makanan orang meniaga sedap, kita pun perlulah buat sedap juga atau lagi sedap.

Ini tidak, kita buat sambil lewa. Mentang-mentanglah makanan itu sedang popular, kita ingat kita pun boleh buat macam orang lain buat, tetapi malangnya hampeh.

Kedai orang pembelinya beratur panjang, kita pun nak pastikan kedai kita orangnya beratur panjang juga. Tapi orang tu perkhidmatannya cepat dan pantas walaupun pelanggannya ramai. Kita pula, buat-buat perlahan menyediakan perkhidmatan demi memastikan pelanggan beratur panjang. Demi menarik ramai pelanggan lagi berkunjung ke kedai. Sebab apa? Sebab kebiasaannya kedai yang orang beratur panjang, pastinya makanannya sedap.

Inilah yang berlaku dalam pemerhatian aku di sebuah kedai yang menjual pisang goreng cheese. Mula-mula dulu, memang kedainya pelanggan beratur panjang untuk membeli pisang goreng cheese, tapi sekarang, tidak lagi. Hampir tiada orang yang beratur.

Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar >> KLIK <<


Pisang goreng cheesenya pun tidaklah berapa sedap. Sudahlah perkhidmatannya lambat, pisang gorengnya pula berminyak-minyak. Aku pernah beli sekali saja dikedainya, kemudian aku terus banned!

Pada firasat aku, membuatkan orang beratur panjang hanyalah strateginya. Makanannya tidak seberapa pun. Kalau makanannya sedap, mungkin hingga kini kedainya masih ramai orang beratur.

Kepada peniaga, janganlah menjalankan strategi seperti ini. Kalau nak guna juga, harus dipastikan makanan yang kita buat adalah sedap. Kalau tak, memang bungkuslah jawabnya. Bukan bungkus pisang goreng cheese, tapi bungkus kedai. :'(

6 comments:

  1. Dahsyat strategi tu, akhirnya makan diri. Kalau lokasi tu ramai orang luar, mungkin dapat bertahan lama sikit. Sebab orang luar yang tak biasa datang ni mudah tertipu dengan pelanggan yang ramai (kononnya).

    ReplyDelete
  2. hmmm pernah kena gak... tapi mun terus banned sebab pisangnya dah sejuk.. terbantut selera..

    ReplyDelete
  3. Rezeki masing-masing. Ada betulnya, pelanggan ramai tak menang tangan nak melayan. Sudahnya kualiti makanan tak berapa memuaskan.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...