Tuesday, July 7, 2015

SAAT-SAAT MENANTI KELAHIRAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Walaupun sudah nak masuk anak yang ketiga, aku masih lagi teruja nak menimang cahaya mata seorang lagi. Sekarang ni isteri sudah sarat, dan boleh bersalin bila-bila masa sahaja, namun masih lagi nak menjengok partnernya yang sama-sama berniaga tudung di bazar Ramadan.



Pakaian baby yang baru dibeli pun sudah dibasuh. Hanya menanti saat dan tika masanya sahaja. Kalau dilihat dari gambar pakaian baby di atas, dapat agak tak apa jantina baby tu?



Namanya pun sudah dipilih, tapi biarlah rahsia dulu. Aku ni tak suka nak pilih nama panjang-panjang macam orang zaman sekarang suka letakkan, cukuplah sekadar ringkas dan ada maknanya yang tersendiri.

Cuma, apa yang aku harapkan agar kedua-dua insan yang akan melahirkan dan dilahirkan sihat walafiat dan sejahtera hendaknya. 

6 comments:

  1. Pilih nama tu pakat suami isteri ke?

    atau suami je buat pilihan umpama diktator?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih sama-sama.. Tapi memberat kepada pilihan suaminya.. :)

      Delete
  2. tahniah in advance..semoga dipermudahkan urusan ye.baby boy ke?

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...