Monday, July 6, 2015

BIMBING DIRI UNTUK MEMBIMBING ORANG LAIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Mesej di atas merupakan luahan seorang rakan sekerja yang telah menjalani sesi AKRAB bersama aku. Tau tak apa itu AKRAB? AKRAB adalah singkatan bagi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam. Antara tugas utamanya ialah membimbing rakan-rakan sekerja yang mempunyai masalah untuk kembali seperti biasa. Ahli AKRAB ni bukanlah seorang kaunselor, namun penugasannya ke arah pekerjaan seperti itu.

Perjumpaan beliau dan aku baru-baru ni, menyaksikan beliau menitiskan air mata. Memang kalau boleh, kita perlu berikan peluang seseorang itu melepaskan tekanan dan apa saja yang terpendam di hatinya. Kemudian, segala tekanan akan mula reda.

Dan apabila menerima mesej orang menghargai apa yang kita lakukan, terasa sesi yang telah dilakukan adalah berjaya. 

2 comments:

  1. Suatu tugas yg murni..tak semua orang boleh beri nasihat dan sebaliknya yg mahu terima nasihat dan saranan untuk kebaikan... bagus sahabat . Semoga tugas anda sentiasa diberkati dan dipermudahkan Allah swt.

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...