Friday, June 26, 2015

TIPS CARA MENYIMPAN DUIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jom menabung mulai sekarang. Nanti senanglah untuk berbelanja apabila ada kecemasan atau apa-apa keperluan mendesak.

Yang nak dikongsikan ni bukanlah tips yang aku cipta sendiri, aku sendiri terbaca dari blog atau facebook (sorry tak ingat). Jadi aku kongsikan sedikit saja satu dari tips yang diberikan.



Tipsnya ialah MENGUMPUL SI HIJAU. Maksudnya ialah, apabila di dalam beg duit atau baki dari hasil pembelian kita mempunyai duit RM 5.00 yang berwarna hijau tu, jadi kita perlu simpan ke dalam tabung. 

Aku pun sebenarnya baru saja bermula mengumpul si hijau ni. Baru minggu ni bermula. Diam tak diam dah ada 10 keping si hijau. Erm.. Baru beberapa hari dah 10 keping! Belum lagi sebulan, setahun, pasti banyak nanti.

Yang pernting, perlu ada disiplin. Jangan tengok dah banyak sikit duit tu, habis pulak dibelanjakan untuk keperluan yang tidak mendesak. Tapi aku sendiri tak pasti, berapa lama duit RM 5.00 berkeping-keping tu boleh bertahan dalam tabung milo aku ni. Harap-harap lamalah dia terperap dalam tabung. 

6 comments:

  1. wah nak cuba juga ni simpan si hijau...selit sikit si merah


    Kak Gojes nak ajak korang join GA ni…manalah tau menang duit raya…
    MENANGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM3100 SEKARANG!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duit tak habis guna, nak selit yang merah pun boleh.. :)

      Delete
  2. leez sdg gigih kumpul 'si biru' (note sehengget) je. tp, asik t'lupe nak top up. ha3.. hadoi la..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...