Friday, June 5, 2015

GEMPA BUMI DI RANAU, SABAH : ADAKAH SEBAGAI SATU BALASAN?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Setiap perbuatan yang salah pasti ada balasannya. Sama ada balasan itu hadir di kemudian hari mahupun balasan yang hadir dengan serta merta.


30 Mei yang lalu, Malaysia dikejutkan dengan sikap tidak tahu malu oleh beberapa pelancong asing yang dikatakan telah berbogel di Gunung Kinabalu. 

Hari ini pula, Ranau, Sabah telah mengalami gempa bumi sekuat 6.0 skala Richter yang juga merosakkan bangunan, jalan raya dan lain-lain kemudahan awam.


Dalam kepercayaan masyarakat setempat, Gunung Kinabalu merupakan tempat suci mereka. Dengan perbuatan sedemikian, mereka menganggap dengan berbogel di Gunung Kinabalu bererti pelancong tersebut tidak menghormati dan menghina tempat suci mereka.

Dalam agama Islam pula, perbuatan seperti ini memanglah dilarang sama sekali. Memperlihatkan aurat kepada orang adalah haram. Apatah lagi, dengan sengaja mendedahkan aurat untuk tujuan keseronokan.

Adakah gempa bumi ini satu balasan atau peringatan dari Yang Maha Kuasa demi untuk menyedarkan semua? 

Ya, mungkin akan ada yang berkata, mengapa orang lain yang lakukan kesalahan tetapi orang lain yang menanggung kesan yang sama perbuatannya itu? Lihat Tsunami di Acheh, beratus-ratus ribu orang yang mati. Adakah yang mati itu semua orang jahat? Pastinya tidak. Apa-apapun, hanya Allah Yang Maha Kuasa yang Maha Mengetahui.

Semoga perkara seperti ini tidak lagi berlaku di bumi Malaysia. Sama-samalah kita menambah amal ibadah dan bertaubat kepada Allah SWT. Bumi kita ini pun semakin hari semakin tua. Mungkin sudah tidak lama lagi Matahari pula terbit dari Barat.

Wallahuaklam.

Dikongsikan bersama gambar-gambar sekitar gempa bumi di Sabah yang diterima dari group Whatsapp..









10 comments:

  1. Pray for Sabah... terkejut tgk berita pagi ini..1st time berlaku gegaran yg agak kuat..moga kita semua dijauhkan dr segala bencana alam

    ReplyDelete
  2. Terkejut gakdengar berita kat radio pagi tadi. Tanda peringatanNYA pada kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Ingatkan biasa je.. Dah ada yang meninggal dunia rupanya..

      Delete
  3. moga selamat semuanya, Aamin

    ReplyDelete
  4. terkejut juga bila dapat tau berita ni.. apa pun semua ini ketentuan Allah..

    ReplyDelete
  5. ujian dan peringatan..terpulang pada kita nak tafsir macamana.yang penting, ambil iktibar.semoga Allah lindungi kita

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...