Friday, June 19, 2015

ELAKKAN PEMBAZIRAN DI BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMD S.A.W.

Tiba saja di bazaar Ramadhan, nak beli itu, nak beli ini. Tak cukup pegang dengan sebelah tangan, sebelah lagi juga penuh dengan barang makanan. Nasib baiklah tidak menggunakan mulut untuk menjinjit makanan yang dibeli.

Berapa banyak sangatlah kita boleh makan... Sebesar manapun perut kita, tak boleh nak sumbat makanan yang banyak. Kalau makanan dah tak boleh masuk lagi dalam perut, masing-masing duk tengok je makanan yang banyak terhidang di depan mata. 

Kononnya, nak simpan sehingga sahur. Akhirnya, tak juga habis. Jawabnya semua makanan tersebut akan "ditongsampahkan". Membazir bukan? 

Bertan-tan makanan dibuang setiap hari

Membazir itu bukankah amalan syaitan? Sudah bagus syaitan dibelenggu di bulan Ramadhan, kita pula yang nak menjadi seperti syaitan. 

Jadinya, sama-samalah kita menahan nafsu makan kita agar tidak membazir semasa membeli. Beli apa yang perlu sahaja dan cukup untuk keluarga.

Tipsnya senang saja, kenang kembali masa berbuka semalam, makanan habis tak? Kalau habis, maksudnya ia cukup dan tidak membazir. Kalau semalam makanan sudah ditongsampahkan, maksudnya telah berlaku pembaziran, dan seeloknya untuk berbuka pada hari seterusnya, tidak perlu untuk membeli itu dan beli ini di bazaar Ramadhan.

8 comments:

  1. elakkan jadi geng plastik hitam kan?

    ReplyDelete
  2. cuba utk tidak membazir Ramadhan kali ini.. selalu nya sy beli 1 jenis makanan utama jer..contoh klu laksa, maka laksa je sy beli & kuih sejenis... Alhamdulillah sllu tak membazir.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah.. Anda mampu mengubahnya. :)

      Delete
  3. 1. petang semalam ingat nak singgah tempat biasa orang ada jual makanan tepi jalan, tapi ramai pulak yang dah pindah ke bazar ramadhan sempena bulan puasa ni. jadi demi mengekalkan kempen boikot bazar ramadhan untuk tahun ke-4 (kalau tak silap), singgah je restoran yang bukan fevret tapi ada awek cun.

    2. kat bazar ramadhan ni (dulu, sekarang tak tau sebab lama tak pegi), ramai yang berbuka sebelum waktunya. hehehe, harap faham...

    ReplyDelete
  4. Jangan sampai jadi mangsa tong sampah...memang membazir

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...