Wednesday, October 29, 2014

TESCO ECO WALK FOR LIFE 2014


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Pada 9 November 2014 (Ahad), Tesco Stores (Malaysia) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akan mengadakan program "Tesco Eco Walk For Life 2014" yang akan diadakan di sekitar Bandar Hilir, Melaka bagi mengumpul dana sebanyak RM 1 juta untuk membantu kanak-kanak yang mengidap leukaemia.

Usaha murni seperti ini haruslah DISOKONG oleh semua rakyat bagi membantu meringankan beban pesakit leukaemia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan yang sememangnya memerlukan kos yang tinggi.

Dengan penyertaan ini, sedikit sebanyak dapat mengumpul dana dan seterusnya diagihkan dalam bentuk pembiayaan kos rawatan bagi kanak-kanak yang mengidap leukaemia dari keluarga yang kurang berkemampuan.

Ayuh! sertai program ini dan berilah harapan kepada mereka yang sangat memerlukan.

Maklumat lanjut tentang Tesco Eco Walk For Life 2014 boleh klik di sini >> KLIK <<  

#TescoWFL2014

8 comments:

  1. Replies
    1. Urusetia di peringkat jabatan saya..

      Delete
  2. Mintak izin share program ni ya...

    *kalau kau pergi tesco, nak kirim hotwheels. cari yang rare

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam dunia maya ni, share sajalah kalau ianya membawa kebaikan..

      Delete
  3. Lama tak ke Melaka... sejak parentss abg ipar dah meninggal

    ReplyDelete
  4. wahh..best nya..kalau lah dekat dah kompom sy join... :)
    moga berjalan lancar program ni ..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...