Saturday, August 9, 2014

WARISAN - DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Lebih 500 tahun negara kita Tanah Melayu dijajah. Bermula dengan Melaka yang dijajah oleh Portugis pada 1511, kemudian diikuti Belanda, British dan juga Jepun. Bukan senang sebenarnya negara kita ini hendak mengecap kemerdekaan.

Tahun ini merupakan tahun ke-57 negara kita merdeka daripada British. Telah banyak wira-wira negara terkorban menentang penjajah, kini kita generasi selepas merdeka haruslah mempertahankan kemerdekaan yang sedia dikecapi.


Ayuh! hayati bait-bait lagu Warisan nyanyian Allahyarham Sudirman Hj. Arsyad. Kitalah warisan negara yang tidak terhingga yang perlu terus mempertahankan kemerdekaan negara.

Di sini lahirnya sebuah cinta,
yang murni, abadi, sejati.
di sini tersemai cita-cita,
bercambah menjadi warisan.

Andai ku terbuang tak diterima,
andai aku disingkirkan,
ke mana harusku bawakan,
ke mana harusku semaikan,
cinta ini.

Betapa di bumi ini ku melangkah,
ke utara, selatan, timur dan barat ku jejaki.

Aku bukanlah seorang perwira,
gagah menghunus senjata,
namun hati rela berjuang,
walau dengan cara sendiri,
demi cinta ini.

Ku ingin kotakan seribu janji,
sepanjang kedewasaan ini,
ku ingin sampaikan pesanan,
akulah penyambung warisan.

15 comments:

  1. salam. jom kita hayati lagu ni..

    ReplyDelete
  2. cara orang lama dengan budak remaja sambut merdeka tak sama... hmm...

    ReplyDelete
  3. Bersemangat waja bila dengar lagu ni..:)

    ReplyDelete
  4. Cik Itah : Jom...

    Amry : Betul... kau plak buat cara mana?

    U. Gedek : Simple but nice.

    AtieYusof : Betul tu..

    Fazleyatul : Merdeka... Merdeka... Merdeka...

    Fiza : Saya pon suka jugak..

    ReplyDelete
  5. Sedap lagu ni..memang menusuk kalbu..hehe..selamat hari merdeka bro..

    ReplyDelete
  6. salam. semakin dekat tanggal 31..meh kita nanyi bersama lagu+ kemerdekaan :))

    ReplyDelete
  7. lagu ni tak pernah luput dalam hati. memang sangat suka dari kecik dulu sampai lah ke mak budak kecik sekarang ni ^_^

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.