Thursday, August 7, 2014

PEREMPUAN KABARET


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Entri ini bersifat ilmiah. Sudi-sudilah membacanya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kerana keraguan ibu bapa zaman dahulu terhadap sistem pendidikan di Tanah Melayu, anak-anak perempuan tidak diberikan pelajaran yang sepatutnya. Ibu bapa lebih suka memberi pelajaran ilmu agama berbanding pelajaran sekular.

Oleh kerana kebimbangan anak-anak perempuan mereka bergaul bebas dengan kaum lelaki di sekolah dan kerisauan terhadap sekolah Inggeris yang diajar oleh para Mubaligh Kristian maka ibu bapa lebih gemar untuk tidak 'menyekolahkan' anak mereka. 

Hal ini menyebabkan anak-anak perempuan Melayu kurang berilmu, tidak berpelajaran lalu menyukarkan mereka untuk mendapat tempat dalam pekerjaan di sektor kerajaan. Bagi ibu bapa, adalah sudah cukup untuk anak-anak perempuan mereka dapat menjadi isteri yang baik kepada bakal suaminya.

Anak-anak perempuan dahulu kebiasaannya berkahwin di awal usia dengan menurut kehendak ibu bapa. Ada juga yang dipaksa berkahwin oleh ibu bapa, tanpa kerelaan dirinya. Juga tabiat ibu bapa dulu-dulu yang gemar menjodohkan anak-anak perempuan mereka walaupun masih kecil.

Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun-tahun 1930-an turut dirasai di Tanah Melayu. Harga getah juga jatuh dengan begitu mendadak. Keadaan ini menyebabkan perempuan-perempuan Melayu mula hendak mencari kerja untuk menampung keluarga. Namun apakah pekerjaan yang boleh dilakukan kerana ketiadaan kelulusan untuk bekerja.

Pada waktu yang sama, kelab-kelab seperti kabaret dan ronggeng banyak dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan terutamanya di Negeri-negeri Selat. Peluang untuk perempuan-perempuan cantik bekerja terbentang luas.

Perempuan-perempuan Melayu mula pergi ke pekan dan bandar untuk mencari pekerjaan. Mereka yang mempunyai wajah rupawan dan pandai menari mula menceburkan diri dalam dunia kabaret. Mendapat upah dengan melayan lelaki-lelaki menari sambil menghiburkan diri. 


Gambar sekadar hiasan. Sumber >> KLIK <<


Namun, ia tidak terhenti setakat melayan kaum lelaki menari sahaja, ada sebilangannya mula melayan hawa nafsu lelaki dengan menjadi pelacur. Statistik bagi Negeri-negeri Selat ada menunjukan terdapat beberapa orang perempuan Melayu yang menjadi pelacur pada tahun-tahun tersebut. 

Kesimpulannya, walaupun taraf pendidikan mungkin menjadi penyebab mengapa perempuan-perempuan dahulu mula bertugas di kabaret, tetapi ia sepatutnya tidak menjadi penyebab utama. Orang-orang dahulu mempunyai adab dan kesopanan yang tinggi, mendidik anak-anak dengan didikan agama dan sepatutnya bertugas di kabaret bukanlah penyelesaian untuk membaiki ekonomi rumah tangga.

18 comments:

  1. selalu tengok dlm citer2 lama kalo pompuan kaberet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.. Sekarang mungkin ada, tapi tak panggil kabaret kot..

      Delete
  2. Kefakiran boleh menjurus kepada kekufuran.

    ReplyDelete
  3. sekarang plak zaman dah jauh berbeza kan? pendidikan dah jadi sama rata tak kira lelaki & wanita. Apa yg penting wanita kena kekalkan ciri2 kewanitaan yg sejati.. sifat malu kena ada... huhu

    ReplyDelete
  4. salam. huuu zaman sudah berubah..banyak bezanya dulu dan sekarang

    ReplyDelete
  5. nak 1000 daya, xnak 1000 dalih! allah bg kite akal & fikiran. cubalah guna ia utk bezakn mane yg baik & buruk.

    ReplyDelete
  6. zaman dah berubah..dulu dipanggil perempuan kaberet...sekarang perempuan kelab malam atau GRO...

    ReplyDelete
  7. Baru tahu maksud kabaret tu apa..

    ReplyDelete
  8. hmmm tepuk dada..tanya iman :) kan...

    ReplyDelete
  9. Moon : Yang penting hati mau suci..

    ReplyDelete
  10. Hehe..dulu lain sekarang lain..tapi kerja sebagai perempuan kaberet tetap ada sekarang ni..cuma namanya berbeza..sekarang, susah nak jumpa anak yang suka ibu bapa jodohkan untuk mereka..mereka lebih selesa memilih sendiri..sedangkan pilihan ibu bapa itulah pilihan yang terbaik..hehe

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.