Monday, July 7, 2014

8 GOLONGAN ASNAF YANG LAYAK MENERIMA WANG ZAKAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tiba musim bulan Ramadhan, teringatlah juga pasal Zakat Fitrah walaupun setiap bulan memang telah membuat potongan Zakat Pendapatan. 

Di sini aku nak kongsikan serba sekikit maklumat berkenaan 8 golongan asnaf yang layak untuk menerima wang zakat. Jadi, mungkin ia boleh jadi panduan sekiranya kita tidak mahu terus membayar kepada Pusat Zakat negeri masing-masing dan sebaliknya hendak membayar sendiri kepada asnaf-asnaf yang layak.

1. Fakir (Al-Fuqara)

Adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM 10.00 sehari tetapi hanya mampu RM 3.00 sahaja.

2. Miskin (Al-Masakin)

Mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM 10.00 tetapi hanya memperoleh RM 8.00.

3. Amil

Orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.

4. Muallaf

Seseorang yang baru memeluk agama Islam.

5. Riqab

Seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.

6. Gharimin

Penghutang Muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajid ke atasnya.

7. Fisabilillah

Orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.

8. Ibnus Sabil

Musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.

Sumber rujukan >> KLIK <<

10 comments:

  1. salam. perkongsian yang bermanfaat..thanks share ya :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum fairus.. thanks sharing ilmu. nanti nak remind suami bayar zakat awal sikit, takut terlupa sampai pagi raya kanggg. singgah menabung lazada sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSALAM.. SAYA PON BIASA BAYAR HUJUNG-HUJUNG RAMADHAN..

      Delete
  3. Salam Ramadhan.. terima kasih berkongsi ilmu ini.. :)

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...