Friday, June 6, 2014

BIODATA KOH KIM BOK : RAJA GASING


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Program Merakyatkan Seni Budaya : Festival Gasing Negeri Melaka 2014. Inilah program yang agak sibuk unit aku laksanakan sekarang, dan esoklah (7 Jun 2014) hari untuk melaksanakannya.


Siapa tidak kenal dengan Raja Gasing, Koh Kim Bok seorang keturunan Baba merupakan penggiat gasing yang tersohor bukan saja di Melaka malahan di Malaysia. Bagi melaksanakan program ini, dapat aku membuat sedikit biodata dan maklumat mengenai beliau.

Jom... Kalau rajin dan minat, boleh baca..



Encik Koh Kim Bok, seorang anak jati Bukit Rambai, Melaka yang lahir pada 11 Ogos 1942. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tengkera dan Sekolah Menengah Gajah Berang, Melaka. Kemudian berkecimpung dalam kerjaya guru selama 20 tahun.

Beliau mula meminati permainan gasing sejak berumur 12 tahun. Bakatnya terserlah apabila dipilih untuk menyertai dan telah memenangi Kejohanan Gasing Merdeka 1957 peringkat negeri Melaka.

Pada tahun 1968, beliau menubuhkan Persatuan Gasing Bukit Rambai dan telah memegang jawatan sebagai pengerusi. Awal penubuhan persatuan ini, terdapat 40 orang ahli. Persatuan ini aktif menyertai perlawanan persahabatan antara kampung-kampung dan negeri. Kebiasaannya, pasukan beliau akan muncul juara.

Beliau mula menyertai Pertandingan Gasing Peringkat Kebangsaan pada tahun 1972 di Johor. Kemudiannya, terus banyak menyertai pertandingan-pertandingan gasing di seluruh negara.

Beliau yang kini berusia 72 tahun telah banyak menabur bakti dalam bidang permainan gasing dan sehingga kini beliau masih memegang jawatan Pengerusi Persatuan Gasing Negeri Melaka.  Antara jawatan tertinggi lain yang pernah disandang ialah Pengerusi Pengadil Gasing Malaysia dan Pengerusi Teknikal Gasing Malaysia.

Selain itu, beliau juga merupakan penceramah hebat dalam bidang permainan gasing. Beliau pernah dijemput untuk mengadakan ceramah di beberapa buah negara seperti Kemboja, Brunei, Singapura, Thailand dan juga Sepanyol.

Beliau juga merupakan seorang pakar pembuat gasing. Beliau mampu menghasilkan gasing sebanyak 200 hingga 300 dalam setahun. Kepakarannya dalam pembuatan gasing telah diiktiraf oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dengan menganugerahkan kepadanya Anugerah Khas Tukang Ulung Kraftangan Malaysia di Hari Kraf Kebangsaan pada tahun 2013.


6 comments:

  1. ooo..baru plak sy tau ttg Raja Gasing Malaysia ni..byk jasa beliau dlm bidang gasing kan.. tq info ni... :-)

    ReplyDelete
  2. Yelah bunda pun baru tahu tentang Raja Gasing ni... tulah bunda ni kurang membaca...terima kasih infonya...

    ReplyDelete
  3. Salam.. Saya stdnt uitm shah alam.. Sy ada nak buat research tentang bidang pembuatan
    Gasing di negeri melaka.. Boleh sy dptkan no encik koh kim bok ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sudah kehilangan nombor telefonnya.. Tapi saya ada kenal seorang lagi pengusaha gasing. Boleh hubungi beliau Rimy Azizi Abd. Karim
      Tel : 017-613 4644

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...