Friday, April 4, 2014

MILOKU SAYANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Memang lama benar tak membeli barangan MILO sekarang. Ekonomi sekarangpun sedang turun naik, jadi berbelanjapun mana yang perlu dan penting saja. Bukan dah tak mahu mengumpul barangan MILO, memang mahu terus mengumpul.

Baru-baru ini aku dapat 4 barangan MILO. Alhamdulillah, satu sen pun tak keluar duit, pasal semua itu orang beri. Bukan tak nak bayar, memang nak bayar tetapi owner kata tak perlu bayar. Mmmm.. Kalau macam tu, kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan. 

Nak tau apa barangan yang aku dapat? Jom layan gambar MILO ni...


Botol air plastik ini adalah keluaran bagi Sukan Sea pada tahun 1993 di Singapura. Nampak tak bendera Malaysia tu? Sebenarnya botol ini boleh diputarkan di bahagian bendera itu, ia akan memaparkan bendera-bendera negara ASEAN yang mengambil bahagian dalam Sukan Sea 1993.


Gelas kaca sempena Sukan Sea di Singapura pada tahun 1983. Ini merupakan gelas kedua yang aku ada. Gelas yang pertama dulu aku beli dengan harga RM 26.00 sebuah siap dengan pos.


Pelapik yang biasa kita jumpa di kedai-kedai mamak. Janji MILO, semua aku sebat!


Ini pula pelekat MILO. Samalah dengan pelapik MILO tu, biasa jumpa di kedai-kedai mamak. Sama ada ditampal di atas meja atau di dinding kedai.

12 comments:

  1. Salam Jumaat...
    wah! dah bertambah lah koleksi barangan MIlo awk ye... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM KEMBALI..

      ADELAH SIKIT... :)

      Delete
  2. Ada berapa bendera negara di botol itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAK INGAT PULAK.. 8 ATAU 9 RASANYA.

      Delete
  3. Replies
    1. YA.. SEMAKIN BERTAMBAH BUKAN SEMAKIN BERTOLAK.. :)

      Delete
  4. x pnah collect barang milo bro..
    klau md byak la saya simpan..
    cantik koleksi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOLEH CUBA KUMPUL DARI SEKARANG..

      Delete
  5. kalau yang kat rumah akak kat kampung,ada mug milo yang kaler transparent tu.dia macam ada air dalam mug tu..padahal mug tu kosong tak de air pun.ada tak mug gitu??lama dah mug tu..masa akak zaman sekolah dulu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YA.. SAYA SUDAH ADA.. 4, 5 BUAH..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...