Wednesday, April 2, 2014

HASIL SENI PERTAMA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Mula-mula buka galeri gambar di telefon bimbit untuk mencari gambar untuk membuat entri wordless. Tapi bila ternampak gambar ini, rasa macam tak jadi nak buat entri wordless, nak juga ceritakan serba sedikit.



Inilah hasil seni yang pertama dapat dijual. Tajuk yang aku beri pada lukisan ini ialah The Spinning 9 Balls. Pembelinya seorang berjawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Bukan ini saja, beliau ada membeli sebuah lagi hasil seni aku yang bertajuk One And Only

Sebenarnya gambar-gambar hasil seni yang aku buat pernah dipaparkan dalam blog ini, tetapi disebabkan sedikit masalah teknikal, banyak juga gambar-gambar dalam blog aku ini telah hilang.

Gambar di atas adalah semasa aku menghantar lukisan tersebut ke rumahnya. Masa itu beliau baru berpindah ke rumah baharu. Berasa terharu juga kerana hasil seni aku menjadi salah satu objek yang dipamerkan di ruang rumah beliau.

Tapi sekarang, aku sudah agak kurang melukis. Entah mengapa seperti tiada masa. Bukan melukis sahaja, hobi mengumpul barangan Milo pun sudah agak sepi. Tapi baru-baru ini ada juga barangan Milo baharu yang aku baru dapat, cuma belum sempat dipaparkan dalam blog ini. 

26 comments:

  1. Assalamualaikum. wahh berapa jual ni? berseni sungguh... camne boleh dapat barang2 milo ek? sheila suka gak mengumpul barang ni... baru ada 2 cawan milo... hahahhaa ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'SALAM.. SAYA TAK BERAPA INGAT BERAPA HARGANYA. TAPI TAKLAH MAHAL SANGAT..

      BARANGAN MILO BOLEH DIDAPATI DI MUDAH.MY DAN JUGA GROUP FB MILO / NESCAFE. MEMANG BANYAK BARANGAN MILO YANG BOLEH DIJUMPAI.

      Delete
    2. ohh, ingatkan fairus ada join giveaway pastu menang barang milo. hehehe singgah menabung ford sini

      Delete
    3. OH.. TIDAK. KALAU ADA ORANG BUAT GIVEAWAY MACAM TU, MEMANG SUKALAH SAYA..

      Delete
  2. nak tengok the only one boleh? frame tu pun buat sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NANTI AKU PUBLISHKAN SEMULA THE ONLY ONE.

      FRAME TU AKU HANTAR KEDAI.. MANA MAMPU NAK BUAT SENDIRI..

      Delete
  3. salam. eh eh..jual lukisan jugak rupanya..hehe bole tambah pendapatan ye tak :)
    btw, menabung digi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MULA-MULA TAKNAK JUAL TAPI ORANG YANG NAK..

      Delete
  4. Replies
    1. TU TETIBA JE JADI KREATIF.. TAK DISENGAJAKAN.. :)

      Delete
  5. Berseni juga ye Fairus ni.. Ada lagi ke karya seni hendak dijual.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ADA-ADA... YANG BERHARGA DARI RM 200.00 - RM 500.00. KALAU NAK SAYA TUNJUKAN..

      Delete
  6. dalam banyak2 tu yang mana paling mahal??cantik jugak yang ni..maahal tak??rumah akak ni tak de langsung gantung apa2 hasil seni...heheh..teringin jugak nak gantung lukisan..lukisan2 memang mahal ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. LUKISAN ADA YANG MAHAL, ADA JUGA YANG MURAH.. TAPI KALAU ARTIS YANG SUDAH ADA NAMA, MEMANG BERIBU-RIBULAH HARGANYA. SAYA PUNYA NI TAKDELAH YANG BERIBU-RIBU. RATUS-RATUS SAJA. KALAU SAYA PUNYA YANG ADA SEKARANG, PALING TINGGI PON RM 500.00 SAJA. KADANG-KADANG BUKANLAH NAK JUAL MAHAL, TAPI BINGKAINYA PUN SUDAH BERATUS.

      Delete
  7. Bestnya. Bley buat duit ngan melukis ni ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. MEMANG BOLEH BUAT DUIT.. TAPI SAYA BUKAN PART TIME, SOME TIME AJE..

      Delete
  8. cantik lukisan tu bro..tambah2 pembeli nak letak kat umah baru. bertambah berseri2 la ruang tu

    ReplyDelete
  9. Orang seni rupa nya Fairus ni...cantik The Spinning 9 Balls tu...kreatif.

    Nak jugak tengok The Only One...macam spesial jer bunyi nya....

    Ckp pasal Milo...mula2 bunda pernah kenal dengan Blog Aku Budak Milo fairus...sekarang dah tukar Fairus dot com yer... Tahniah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAKDELAH BERSENI MANAPUN.. BELAJAR-BELAJAR JUGA.

      UNTUK MAKLUMAN, BLOG AKU BUDAK MILO MASIH WUJUD CUMA TIDAK DIKEMASKINI.

      Delete
    2. kenapa x truskn ngn blog bdk milo tu jer?...sbb dh kawen ekk? :)

      Delete
    3. BUKAN SEBAB DAH KAWIN.. SAYA MASIH LAGI MENGUMPUL MILO, CUMA APA YANG SAYA DAPAT, SAYA PAPARKAN DI DALAM BLOG NI, BUKAN DI BLOG MILO TU.. DAH TAK LARAT NAK HANDLE 2 BLOG..

      Delete
    4. Bunda teringin nal mug bulat milo tu mcm dlm iklan tu...
      zarif pun suke milo...minum air milo...ais krim milo...yg dlm mangkok kck..rm1.60 sen tu...

      Delete
    5. OOO.. MUG TU.. SAYA PUN BELUM ADA LAGI..

      Delete
  10. kann..memang berseni awak ni... kagum! sy suka & cintakan lukisan..tapi nak melukis sendiri tu mmg tiada bakat...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. MESTI KENA CUBA BARU TAU ADA BAKAT KE TIDAK..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...