Thursday, March 13, 2014

KOLEKSI PANTUN UNTUK MAJLIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Aku biasa juga membuat teks pengacara majlis (MC) untuk majlis-majlis di jabatan aku. Antara teks yang pernah aku buat ialah teks untuk majlis perhimpunan pagi jabatan dan juga program-program yang dibuat di bawah kelolaan unit aku.

Dalam membuat teks MC, aku suka menyelitkan pantun-pantun Melayu dalam teks tersebut. Bagi pendapat aku, pantun merupakan secebis kata-kata yang begitu begitu indah, lembut dan sopan. Walhal kalau kita memerli seseorang dalam pantun sekalipun, orang tersebut tidak akan terasa dengannya. 


Oleh kerana kebanyakkan majlis adalah majlis dalaman jabatan aku sendiri, aku lebih suka mencipta pantun-pantun untuk dijadikan teks MC. Berikut merupakan beberapa pantun yang aku cipta untuk majlis-majlis tertentu :

PEMBUKA MAJLIS

Menguntum manis senyuman si dara,
datang teruna ingin bersua,
assalamualaikum mulai bicara,
salam hormat untuk semua.

Mari dimakan sirih puan,
sirih dipetik di Tasek Chini,
selamat datang tuan dan puan,
menjadi penyeri majlis ini.

BACAAN DOA

Buah langsat dicelah pohon,
ambil galah jolok-jolokkan ,
tangan diangkat doa dipohon,
moga Allah dapat restukan.

Membeli pukat di Simpang Ampat,
singgah sebentar di Anjung Batu,
tangan diangkat jari dirapat,
doa dipanjat memohon restu.

MENYAMPAI KATA ALUAN

Pak petani menyabit rumput,
rumput diberi makan ternakan,
jemput bukan sebarang jemput,
jemput menyampai kata aluan.

Masak ranum si buah rambutan,

dimakan sebiji menjadi rinduan, 
hadir tuan dengan jemputan,
mohon diungkap kata aluan,

PERASMIAN MAJLIS

Marilah mari menyorong papan,
papan disorong ke pohon kuini,
marilah tuan mari ke depan,
melafaskan rasmi majlis ini.

Makan nasi di tepi bendang,
bersambal tumis ikan bilis,
datanglah tuan kami mengundang,
tampil ke depan merasmi majlis.

PENUTUP MAJLIS

Mari dipetik sirih puan,
sirih dipetik di tepi perigi,
terima kasih tuan dan puan,
di lain masa berjumpa lagi.

Makan nasi bersayur kailan,
lepas makan terus bersugi,
selamat pulang hadirin sekalian,
ada umur bersua lagi.

Lihat juga >> KOLEKSI PANTUN UNTUK MAJLIS (PART II) <<

27 comments:

  1. wahhh...... dah lama tak berpantun^^ biasa kalau ke majlis2 memang ada pantun

    ReplyDelete
  2. Tak sah kalau MC tak baca serangkap pantun dalam majlis.

    ReplyDelete
  3. Hmm bagus la pantun-pantun ni semua.

    ReplyDelete
  4. wahhh...berbakat dlm pantun rupanya....hehe..
    saya tak kreatif dlm mencipta pantun2 ni... zaman sekolah dulu selalu jg...:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum fairus, wahh bagus ni.. siapa2 yang suka jadi emcee boleh pakai guna ni.. selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'SALAM.. SESIAPA RASA NAK AMBIL PANTUN NI, BOLEH LE AMBIL..

      Delete
  6. syabas .. koleksi pantun ini bagus sekali. patut ada dalam simpanan semua MC agar majlis lebih beseri dan berseni dengan budaya Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantun2 yg ditulis saudara Fairus sangat bermakna pd saya sebagai mc perhimpunan bulanan bulan ini. Pohon guna beberapa rangkap tn.

      Delete
    2. Pantun2 yg ditulis saudara Fairus sangat bermakna pd saya sebagai mc perhimpunan bulanan bulan ini. Pohon guna beberapa rangkap tn.

      Delete
    3. Pantun2 yg ditulis saudara Fairus sangat bermakna pd saya sebagai mc perhimpunan bulanan bulan ini. Pohon guna beberapa rangkap tn.

      Delete
  7. Esok sy pinjam guna pantun yg best2 ni sat ye utk program sy. Tak sempat nak karang sendiri. Tqvm.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah pantun anda sgt membantu saya sebagai emmcee. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Pantun anda sgt bagus. Ia dpt membantu saya sebagai emmcee . terima kasih banyak2

    ReplyDelete
  10. TQ ENCIK FAIRUS.. PERKONGSIAN YANG SANGAT MEMBANTU.. MAY GOD BLESS! INSYAALLAH

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas perkongsian pantun2 ini..sangat menarik kerana pantun2 ini disusun mengikut turutan majlis. x pening kepala nak cari pantun satu2. saya mohon share pantun2 ini ye..

    ReplyDelete
  12. mohon pinjam pantun tuan..memag best

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...