Tuesday, March 25, 2014

ITUKAH PENAMATNYA MH370?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Begitukah pengakhiran bagi MH370? Berbelas-belas hari dicari namun akhirnya Perdana Menteri DS Najib mengumumkan bahawa menurut analisis data dari pakar, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi. 

Lautan Hindi yang terbentang luas

Secara peribadi, aku boleh menerima hanya beberapa peratus dari keputusan analisis yang dinyatakan. Analisis ciptaan manusia dengan menggunakan teknologi yang mungkin betul ataupun kurang tepat. Masih ramai yang inginkan bukti-bukti kukuh bagi menguatkan lagi andaian bahawa MH370 telah terjunam di Lautan Hindi. 

Dimanakah bangkai pesawat MH370? Adakah benar satu cebisanpun tidak dapat dijumpai? Atau kesemuanya telah tersemadi di dasar lautan? Ternyatalah buat masa ini hanya ALLAH S.W.T saja yang Maha Mengetahuinya.  

Apa-apapun, sekiranya analisis ini 100% benar, maka takziah diucapkan kepada keluarga-keluarga mangsa dan sekiranya masih sangsi terhadap keputusan analisis, maka perlulah usaha mencari dan terus mencari dimanakah MH370 berada. 



MH370 tinggal kenangan

18 comments:

  1. Assalamualaikum.. sedihnya.. semoga dikuatkan semangat ahli keluarga mangsa menerima dugaan ini. semoga dipermudahkan pencarian pesawat serta kotak hitamnya dengan izin Allah SWT.. in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum. selamat pagi.. sheila singgah sambil menabung sini ~~~

      Delete
  2. Benar Fairus... Sesungguh nya Allah jua yg maha mengetahui..
    Terus berdoa untuk MH370..

    ReplyDelete
  3. walauapun PM dah umumkan ianay terhempas di Lautan Hindi, pencarian kotak hitam diteruskan.. semoga segalanya dipermudahkan ~

    ReplyDelete
  4. Berdoalah. Smoga urusan mencari dipermudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  5. salam. hurmm..sedihhh :(
    btw sy isi tabung sharp :)

    ReplyDelete
  6. Sekiranya ada keajaiban tidak mustahil akan ada yang masih hidup...semuanya kuasa Allah..
    Sekiranya Dia hendakan sesuatu itu terjadi maka terjadilah dia...
    Siapa kita untuk menidakkan kehendak Nya..

    Yang perlu kita lakukan bersatu sesama kita untuk terus berdoa agar dipermudahkan pencarian seterusnya...

    Kita merancang..Allah juga merancang...tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya...

    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  7. Sedih bila mengenangkan MH370...kekdang tak nak percaya dgn berita ni..tapi tulah, selagi bangkai pesawat tak ditemui hati sy tak tenang...huhu..
    blm ada bukti sahih....
    doakan moga ada keajaiban...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TU LA.. SELAGI TIDAJ TERJUMPA MH370, APALAH YANG BOLEG DIPERKATAKAN LAGI..

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.