Sunday, February 9, 2014

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Terlebih dahulu aku memohon maaf atas jemputan ini hanya dijemput melalui blog saja. Ini adalah jemputan khas bagi pembaca-pembaca setia blog fairus.com.

Dengan rasa bersyukur, terharu dan agak mendebarkan, dengan ini sukacitanya aku menyemput semua pembaca setia blog ini untuk menghadiri majlis tertutup pernikahan kedua aku dan seterusnya ke jamuan kesyukuran yang telah disusun akan diadakan di Dewan Utama Melaka International Trade Centre (MITC) pada ketentuan berikut :

Tarikh : 30 Februari 2014 (Ahad)
Masa : 1.00 tengah hari - 4 petang

Semoga dengan kehadiran tuan / puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

Terima kasih.


























































Copy | Adjust | Paste from Whatapps.
Jangan marah ye.. :)

12 comments:

  1. Tak marah. Tak rasa kelakar pun. In fact tak rasa apa-apa pun.

    ReplyDelete
  2. Cis, aku tarik balik ucapan tahniah!!!

    ReplyDelete
  3. hahaha... tertipu den.. ingat kan betul2...
    ada niat ker en fairus?? haha..

    ReplyDelete
  4. wah ye ke... tahniah tahniah!!! tapi tak dapat pergi, jauh... alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. Tak baca sampai habis ke? :)

      Delete
  5. kah kah... mula2 cam terkejut je baca... bila tgk date tu... 30 feb... muahaha..dah tergelak dah...

    *teringat masa zaman kolej dulu..yo yo ooo je duk bgtau member..dah nak tunang pada 30 feb..dorang siap pecaya lagi..keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. ketawalah supaya awak nampak ceria.. :D

      Delete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...