Thursday, February 20, 2014

BUAH CIKU


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Rasanya dah berbelas tahun aku tak makan buah ciku hingga terlupa bagaimana rasanya. Semalam dapat aku makan buah ciku yang dipetik dari rumah abang aku hujung minggu yang lalu.

Kebetulan hujung minggu yang lalu abang aku membersihkan belakang rumahnya yang dengan mencantas pokok-pokok tumbuhan yang ada, aku pun tolonglah juga, alang-alang dah pergi sana. 

Pokok buah ciku antara pokok yang dicantas kerana dahan-dahannya sudah meninggi. Lepas mencantas, aku dan sedara mara yang lain memetik buah ciku, yang mana yang besar-besar ditaruk dalam bakul. 

Ni dah 4 hari diperam, sudahpun masak. Dapatlah aku merasa buah ciku. Aku berilah juga beberapa biji pada jiran sebelah rumah.

Buah ciku ni mungkin tidak popular sepertimana buah-buah yang lain. Dalam survey ringkas aku di Facebook, terdapat ramai juga orang yang dah lama malahan bertahun-tahun (seperti aku) tak makan buah ciku.

Agaknya korang pulak bagaimana? Biasa makan buah ciku?

18 comments:

  1. kat rumah saya ada pokok ciku. dah merasa jugak la hasil nya tapi tak kerap la. asal berbuah je, monyet tupai dah santap dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. KASI TEMBAKLAH ITU TUPAI DAN MONYET.. :)

      Delete
  2. Assalamualaikum fairus, sheila suka makan ciku ni.. biasa beli yang dah siap potong. teringin nak tanam ciku dekat rumah. heheee ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. RASANYA MACAM SENANG KOT TANAM POKOK CIKU..

      Delete
  3. Sedapnya ciku. Feveret ni. Last makan beberapa bulan yg lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SECARA PERIBADI, SAYA AGAK KURANG GEMAR RASANYA.

      Delete
  4. Baru perasan sy pun dah lama tak makan buah ciku ni... rasanya pun dah ingat2 lupa..haha

    ReplyDelete
  5. Kerap jugak makan. Tapi dah lama tak makan. Some says kalau petik ciku jangan sampai jatuh ke tanah, nanti busuk. Tak pasti pulak sejauh mana kebenarannya.

    ReplyDelete
  6. betul. dah lama sangat tak makan. adei

    ReplyDelete
  7. ermmmm moon plak....xpernah makan buah ciku.... ermmm apa rasanya ehh? manis ke masam2?

    ReplyDelete
  8. saya macam xpenah lagi makan buah ciku (ok this is weird). mgkin penah makan tp x sedar, sebab buah2an dkt sabah ni ada nama berbeza..

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...