Monday, February 10, 2014

BOLA OH BOLA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Sebiji bola dikejar seramai 22 orang pemain. Ada yang mengatakan ianya bodoh, bola sebiji dikejar beramai-ramai. Tapi itulah bola sepak. Sukan yang paling diminati oleh ramai orang seantero dunia.

Perkembangan bola sepak di Malaysia sekarang tampak meningkat dengan setiap pasukan memperkuatkan skuad masing-masing di samping kewujudan penyokong-penyokong tegar yang ramai dan ultras yang tak henti-henti menyanyi untuk memberikan semangat kepada pasukan kegemaran mereka.

Secara peribadi, aku amat suka dengan perkembangan ini dan aku juga begitu teruja untuk menonton perlawanan bola sepak Malaysia tak kira mana-mana pasukan yang bermain apabila ada perlawanan siaran langsung di kaca televisyen.

Namun, dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa insiden yang amat mendukacitakan sama ada yang berlaku di dalam stadium, luar stadium mahupun di laman maya. 

Apalah guna sekiranya sukan bola sepak ini wujud namun terdapatnya pergaduhan, maki-memaki, provokasi dan pelbagai lagi kelakuan dan perbuatan buruk dimainkan oleh pemain-pemain dan para penyokong. Lebih mengharukan apabila perlawanan telah lama berakhirpun, namun perbuatan maki-memaki dan provokasi terus dimainkan di laman-laman sosial. 

Sudah-sudahlah tu. Kembalikan semula ketenangan dalam sukan bola sepak. Berfikirlah panjang sebelum melakukan dan menyatakan sesuatu. Kita semua mampu mengubahnya kepada yang lebih baik.

Ps : Sekadar pandangan peribadi aku sebagai penyokong Melaka United FA yang hanya bermain di Liga FAM. :)

Sumber gambar >> KLIK <<


24 comments:

  1. Sesekali sy pun tgk gak bola... minat memang minat.. tapi bila byk sgt insiden2 yg tak best sejak kebelakangan ini mmg mencemar nama baik sukan itu sendiri... erm! bersukan lah dgn sihat, para peminat pun harap dapat menyokong dgn sihat juga...

    ReplyDelete
  2. tapi bermula dari bawah Melaka United. go go !

    ReplyDelete
  3. salam Fairus ; semalam nampak rancangan Mencari Ramli kat tv....banngga tengok keterampilan Nizarudin anak sedara kamu tu..

    p/s ; Semangat main bola bukan semangat nak berbalah yg kita cari.

    ReplyDelete
  4. salam. hehehhee tak berapa minat sukan bola la :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. Nanti dapat suami minat bola sepak camne? :)

      Delete
  5. Bola itu bulat. Korang sebiji bola direbut 22 orang, kalau F1 pulak, berapa puluh kereta kejar mengejar di jalan belok-belok.

    ReplyDelete
  6. betul2.. dgn insiden yg ada skrg... aduhai.... mengecewakan betul kan.... btw, deno sokong MU! yeay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah MU.. Manchester United dan Melaka United.. :)

      Delete
  7. Singgah pagi selasa.... busy kot tuan rumah ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerna singgah.. A'ah.. Busy le jugak..

      Delete
  8. Assalamualaikum... tengok bola best, tapi sampai part bergaduh tu kita tak gemar juga T________T

    ReplyDelete
  9. huhu mcm2 kes laa dorang ni...

    nak main..main je laa kan.. tu pon nak sampai bergaduh..huhuhu

    peminat pon ada yg over plak... huuhuu

    ReplyDelete
  10. Macam² lah skang ni. Tapi masih tak tau apa punca JDT ngan T-Team tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. Saya taktau, tak berani nak cakap ape-ape..

      Delete
  11. nak menyokong jangan la sampai lupa segala. tak gitu?

    liga FAM pun orait apa...

    ReplyDelete

Komen saja... Jangan segan-segan.